ad ld

Pages

Monday, March 30, 2015

Pernikahan Najwa Tan Sri Muhyiddin Dan Idris Koh Di Sri Satria Putrajaya (Gambar)

Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Noorainee Abd Rahman, Najwa, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Idris Koh Keng Hui di kediaman rasmi timbalan perdana menteri, Sri Satria.


Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan pada majlis yang berlangsung pada 11.40 pagi, di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Abdul Manaf Mat dan Khatib Dr Sirajuddin Suhaimee.

Najwa berusia 28 tahun manakala pasangannya 29 tahun. Majlis pernikahan ringkas namun meriah dihadiri kira-kira 300 jemputan yang terdiri daripada ibu dan bapa pengantin lelaki, Puan Chiam Juat Wah dan Encik Koh Lai Poo, anggota keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan sahabat handai.


Muhyiddin dalam catatan di akaun Facebook miliknya menzahirkan rasa syukur atas majlis yang telah berlangsung, diiringi doa agar rumah tangga anak ketiganya itu beroleh kebahagiaan.

-- Nori Isteri Khairy Jamaluddin Bersalin Anak Ketiga (Gambar)
-- Scha Alyahya Panik Anaknya Lara Alana Tersedak Susu
-- TMJ Dan Che Puan Khaleda Di Majlis Makan Malam Diraja (Gambar)
-- Hantaran Nooryana Anak Najib AS$500,000? Betul Ke?

No comments: