ad ld

Pages

Showing posts with label Maizawati Zainal. Show all posts
Showing posts with label Maizawati Zainal. Show all posts

Friday, September 24, 2010

Maizawati Dakwa Waheeda & Akhil Halang Jumpa Anak

Bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal atau Maiza mendakwa tidak berpeluang bertemu anak-anaknya selepas dia mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Yassin Rahim,23, pada 9 Ogos lalu. Maizawati berkata sebagai seorang ibu dia amat sedih kerana tidak dapat bertemu dua orang anaknya iaitu Siti Nur Maisarah, 13, dan Mohd Sharis, 12, selain beranggapan anak-anaknya itu sudah diracun fikiran supaya membencinya. Siti Nur Maisarah dan Mohd Sharis diserahkan kepada Akhil selepas penyanyi itu mendirikan rumahtangga dengan Waheeda pada 17 Ogos 2009. Empat orang lagi anak Akhil dan Maizawati iaitu Diana Sofea, 17, Daniel Arif, 16, mohd shakir, 9, dan Mohd Syathiri,4, berada di bawah jagaan Maizawati.

Maiza mendakwa Waheeda dan Akhil tidak menggalakkan dua anaknya itu untuk berjumpanya dengan memberikan alasan kedua anak-anaknya itu perlu menumpukan perhatian terhadap pelajaran. "Waheeda dan Akhill sudah tukar nombor telefon dan hanya nombor abang kepada Akhill sahaja yang saya ada dan dia yang menjadi orang tengah diantara kami. "Saya hanya diberi kebenaran untuk berjumpa dengan anak-anak jika mereka balik kampung di Gopeng, Perak. "Nak ikutkan, hati ibu mana yang tak sedih bila sudah lama tidak melihat anak-anak. Saya tak kisah Akhill dan Waheeda mahu memberikan pelajaran yang terbaik buat anak-anak saya tapi jangan putuskan hubungan saya dan anak-anak," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Kata Maiza, kadang-kala dia teringin untuk membawa anak-anaknya itu keluar bersiar. Malah selama dua kali menyambut Hari Raya, Maiza tidak berpeluang beraya bersama mereka."Saya Akhil dah ada keluarga masing-masing, kenapa perlu buat begini kepada saya? "Setahu saya, sebelum ini, Akhil tidak ada apa-apa masalah dengan saya cuma perempuan itu (Waheeda) yang bermasalah dengan saya," ujarnya. Maiza memberi amaran, dia akan bertindak dengan pelbagai cara jika Waheeda melakukan sesuatu di luar batasan terhadap anak-anaknya. "Dia mula nak membentuk macam-macam perkara terhadap anak-anak saya, itu yang saya tak puas hati.
"Saya tak pernah pun kacau hidup dia, kenapa perlu dia burukkan saya kepada anak-anak? Itu sudah melampau. "Kadang-kala saya bertanya sendirian, apa gunanya dia bertudung jika berpelakuan begitu? Sepatutnya, sebagai saudara sesama Islam, kita perlu berbaik antara satu sama lain," tegasnya. - mstar

Thursday, August 5, 2010

Bekas Isteri Akhil Hayy Nikah Chef 9 Ogos

Selepas 2 kali terpaksa menangguhkan tarikh perkahwinan, akhirnya bekas isteri kepada penyanyi nasyid Akhil Hayy, Maizawati Zainal,35, mengesahkan untuk bernikah dengan pasangannya, Mohd Yassin Rahim,23, pada 9 Ogos ini di Ipoh, Perak. Majlis tersebut dijangka berlangsung selepas Zohor di salah sebuah masjid di Ulu Kinta, dalam suasana penuh sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga, rakan terdekat dan wakil media.

Wanita yang mesra dengan panggilan Maiza ini berkata dia dan pasangannya yang juga seorang Chef, menetapkan tarikh perkahwinan itu pada minggu lalu dan mahu melaksanakan yang wajib terlebih dahulu. “Kadangkala apa yang kita rancang tu tak selalu menjadi. Tapi kali ini, kami tidak mahu merancang sangat dan berharap semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diinginkan. “Sebelum ini, kami banyak kerja dan komitmen lain sehingga beberapa kali terpaksa menangguhkan perkahwinan. Tetapi kali ini kami betul-betul nekad sebab selepas ini kami berdua akan bekerjasama untuk membuka perniagaan di Kuala Lumpur.

“Insya-Allah, pada bulan puasa ini, kami akan membuat bisnes produk Madu Herba Maiza dan menjadi ejen busana muslimah yang menjual baju kebaya, kebarung, jubah dan tudung,” kata duta Avon Intimate itu kepada mStar Online. Maiza berkata, dia tidak menetapkan wang hantaran sebaliknya menerima mas kahwin sebanyak RM101 berserta lima dulang hantaran termasuk senaskhah al-Quran. Sementara pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran daripadanya. “Selepas bernikah, kami akan membuat sedikit kenduri doa selamat di rumah saya. Setakat ini, kami belum merancang apa-apa majlis resepsi tetapi kalau ada rezeki Insya-Allah kami akan buat. Begitu juga sebelah pihak lelaki, kalau ada rezeki kami akan buat majlis pada tahun depan di Sabah,” ujarnya lagi.

Bakal suami Maiza berasal dari Likas, Sabah dan pernah bekerja sebagai Chef di Singapura. Atas kepakaran itu, pasangan yang berbeza usia 12 tahun itu juga merancang untuk membuka sebuah restoran di Kuala Lumpur. Menariknya, Mohd Yassin bercadang untuk memasak menu lauk pengantin untuk upacara makan beradap. Sementara lauk-pauk untuk tetamu akan dimasak secara gotong-royong oleh keluarga dan jiran tetangga Maiza. Maiza pernah berkahwin sebanyak dua kali termasuk dengan penyanyi dan penceramah Akhil Hayy. Mereka bercerai pada 15 Julai 2009 dan mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan itu. Maiza juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya. - mstar