ad ld

Pages

Wednesday, September 11, 2013

Anne Ngasri Bersalin Anak Lelaki 3.4kg (Gambar)

Anne Ngasri selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.4kg yang merupakan anak keempatnya dan anak pertama hasil perkahwinan dengan suami barunya Mohd Sumali Reduan. Mereka berkahwin pada tahun 2012.


Tahniah buat Anne Ngasri dan Sumali Reduan. Semoga kehadiran ahli baru ini menceriakan lagi kehidupan mereka.

-- Anne Ngasri Slmt Bersalin Bayi Perempuan, Beri Nama Lps 7 Hari
-- Pernikahan Anne Ngasri Dan Mohd Sumali Reduan Di Homestay Citra
-- Nabila Huda Kemalangan Kenderaan Terbalik Di Lebuhraya Karak (Gambar)

Tuesday, September 10, 2013

Keputusan Malaysia vs Myanmar Pestabola Merdeka Malaysia Ke Final

Pasukan Malaysia berjaya mencatat kemenangan kedua Pestabola Merdeka apabila menewaskan Myanmar 2-1 di Stadium Darul Makmur, Isnin. Kemenangan ini secara rasminya melayakkan skuad bimbingan Ong Kim Swee ini ke final selepas mengumpul enam mata daripada dua perlawanan biarpun masih lagi berbaki satu perlawanan bertemu Thailand Rabu ini.


Kedua- dua pasukan mula mengatur serangan sejak awal permainan dimulakan apabila penyerang kebangsaan, Wan Zack Haikal Wan Nor berjaya membolosi benteng pertahanan lawan pada minit kedua permainan, namun cubaan itu gagal tepat ke pintu gol. Namun penyerang kelahiran Pahang itu dilayangkan kad kuning pada minit ke-12 kerana menerjah pemain Myanmar.