ad ld

Pages

Tuesday, August 24, 2010

Anne Ngasri Tak Janggal Berpuasa Tanpa Wafi

Tiada bezanya 1 Ramadan yang bakal disambut umat Islam dalam tempoh beberapa hari lagi buat pelakon, Anne Ngasri. Anne kini kembali solo dan dia bukan lagi isteri kepada Abdul Wafi Hassan, 29, lelaki yang menjadi teman hidup sejak empat tahun lalu. Pengakhiran satu episod duka yang memaksa wanita muda ini menukar corak kehidupan secara total. Anne perlu bersikap lebih matang dan mengetepikan ego sendiri demi kepentingan darah daging.

Ibu tunggal ini dilihat tabah dan aktif melayan dua anaknya iaitu Abdul Warits, 4, dan Abdul Wafri, 2, selain kandungan yang hidup di rahimnya sudah mencecah usia tujuh bulan. Malah Anne akui dia sudah biasa dengan ketiadaan Wafi kerana ketiadaan bekas suaminya pada tahun lalu kerana hanya pulang semasa Hari Raya pertama di mana Wafi menunaikan ibadah umrah di Tanah suci Mekah.

“Semasa tahun lepas pun dia tidak bersama saya, jadi saya tidak lagi berasa kekok atau janggal untuk menyambut puasa dan hari raya tanpa dia,” kata Anne yang berusia 26 tahun ini. Tambah Anne lagi, tipu jika dia menyatakan tidak berasa sunyi namun dia harus tabah menghadapi kesemuanya demi anak-anak. Anne yang sedang sarat mengandungkan anak ketiganya berkata, dia menjalani ibadah puasa seperti biasa dan hanya menyambutnya secara sederhana. "Insya Allah, saya berdoa agar tidak ditimpa masalah untuk berpuasa dalam keadaan mengandung sebegini. Pandai-pandailah saya mengawal diri. Kalau rasa tak boleh tahan sangat, saya akan buka puasa lebih awal.

"Lagi pun, ini bukan pengalaman pertama kerana saya pernah mengandungkan Warits dan Wafri pada bulan puasa. Perkara yang berlaku secara kebetulan tanpa rancangan,” katanya yang kadang-kala berbuka di rumah keluarganya di Jalan Ipoh. Malah pelakon filem Dunia Baru The Movie ini menyatakan dia lebih gemar memakan masakan yang masih panas ketika berbuka dan bukan dibeli di bazar-bazar Ramadan. - baca SINI

No comments: