ad ld

Pages

Friday, August 20, 2010

Johnson & Johnson Sukarela Panggil Balik Kanta Lekap "1 Day Acuvue TruEye Brand" Terpilih

Johnson & Johnson Vision Care, satu cabang Johnson & Johnson Sdn Bhd, pada Jumaat mengumumkan ia secara sukarela memanggil balik sebilangan kanta lekap 1 DAY ACUVUE TruEye Brand daripada lot-lot terpilih, yang dibuat di Ireland dan diedarkan dalam pasaran tempatan. Ia berkata syarikat itu menerima aduan daripada pelanggan di luar Malaysia berkenaan lot-lot terbabit kanta lekap narafilcon A.

"Terdapat aduan tentang kepedihan luar biasa atau kesakitan selepas pemakaian kanta lekap itu dan beberapa aduan pula berkenaan kemerahan pada mata. "Tiada kemungkinan kesan kesihatan jangka panjang akibat situasi ini," katanya dalam satu kenyataan. Johnson & Johnson berkata Kementerian Kesihatan telah dimaklumkan tentang tindakan ini. Ia menekankan bahawa setelah disiasat, tiada lot lain produk ini dan tidak ada produk kanta lekap ACUVUE Brand lain terlibat dalam isu pengilangan ini.

"Kami juga telah menghentikan penghantaran lot terbabit dan, mengikut penilaian kualiti yang menyeluruh, kami telah melaksanakan langkah pembetulan untuk memastikan produk itu menepati standard syarikat," kata syarikat itu. Johnson & Johnson menasihatkan pelanggan untuk memeriksa nombor lot pada kotak produk dan melihat sama ada ia adalah daripada nombor lot yang terlibat. "Jika ada, hentikan penggunaan serta merta dan hubungi syarikat untuk urusan penghantaran balik produk terbabit supaya kami boleh membuat penggantian," katanya. Untuk maklumat tambahan, telefon +603-7955-7269 atau e-mel syarikat itu di inquiry@rantaupr.com.my. - BERNAMA

No comments: