ad ld

Pages

Wednesday, August 4, 2010

Datuk Abd Aziz Mohd Nor Bekas Adun Permatang dan Siti Rohana Mati Ditembak

MAYAT bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Kuala Selangor, Datuk Abd Aziz Mohd Nor, 63, diusung anggota polis selepas ditemui ditembak mati bersama pembantu peribadinya dalam kereta yang dinaiki mereka di Kilometer 476, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Sungai Buloh pagi tadi. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa. - Foto Berita Harian

- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Kuala Selangor, Datuk Abd Aziz Mohd Noh, 63, dan pembantu peribadinya, Siti Rohana, 43, ditemui mati ditembak di KM476, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Sungai Buloh pagi tadi. Abdul Aziz dan Siti Rohana yang juga Naib Ketua Wanita Umno Tanjong Karang, dipercayai dalam perjalanan dari ibu negara menuju ke utara ketika kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, dengan menaiki kereta jenis Toyota Caldina warna putih.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, mengesahkan siasatan awal mendapati ada kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa dan tembakan itu dipercayai dilepaskan dari dalam kenderaan itu. Turut ditemui pistol milik Abdul Aziz serta permit senjata api berkenaan di dalam kenderaan berkenaan. Hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa mati akibat kecederaan di kepala iaitu dua kesan tembak di kepala Abdul Aziz manakala satu kesan tembakan pada kepala Siti Rohana.- bharian

1 comment:

mun-e said...

dasatnyaaaaa. main tembak2 je skg ek. huhuhuhu.