ad ld

Pages

Sunday, April 10, 2011

(Gambar) Batu Nisan 20 Kubur Lama 'Hidup' Di Kg Batu Melintang

Seram gak mula2 tgk picca ni td. Batu nisan membesar, jadi tinggi hampir menyamai org dewasa..huhu. Perkuburan tu dikatakan wujud sejak 200 thn lalu.

- Penduduk Kampung Batu Melintang Gua Musang terkejut kerana batu-batu nisan di sebuah kubur lama di kampung itu didakwa hidup apabila saiznya semakin membesar dan meninggi. Kubur tersebut yang dikatakan wujud sejak 200 tahun lalu, menyemadikan penduduk tempatan pada zaman dahulu. Kini ia sudah tidak digunakan lagi setelah perkuburan baharu disediakan di Kampung Kuala Sungai tiga tahun lalu.

Sejak penggunaan tanah perkuburan beralih ke kubur baharu, kubur lama yang menempatkan hampir 150 jenazah penduduk beragama Islam itu kini terbiar dan dipenuhi pokok-pokok hutan. Sebelum ini, menurut penduduk, batu- batu nisan itu memang telah dilihat membesar, namun tidak pernah dilaporkan media.

Tinjauan ke lokasi tersebut mendapati, sebanyak 20 buah kubur lama yang batu nisannya menjadi tinggi, manakala kawasannya dipenuhi dengan semak-samun. Batu-batu nisan di kawasan perkuburan itu memang besar dan tinggi sehingga ada yang hampir menyamai tinggi orang dewasa. kosmo

-- Salahkah Besarkan Payu Dara - Wanita Hari Ini (WHI) TV3
-- (Gambar) Murid 7 Thn Dipukul Meninggal Dunia, Guru Ditahan
-- Kenali Telur Ayam Tiruan Dan Cara Membuatnya Demi Kesihatan Bersama
-- (Gambar) Mayat Lelaki Putus Dua Kemalangan Di Jln Lingkaran Tengah MRR2

1 comment:

JijahJambu@Jj said...

zaman dulu guna batu bukit atau batu sungai sebagai batu nisan .. memang la batu jenis tu hidup... segala apa yg hidup di muka bumi ni kan sentiasa berzikir ..soo sbb tu orang letak batu nisan dan pokok di kubur ..
tu kata atuk nenek saya dulu laa ..