ad ld

Pages

Friday, August 19, 2011

Tony, Kamarudin Beli Kelab Bola EPL Queens Park Rangers QPR

Tune Sport Sdn. Bhd. yang diterajui oleh Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun, semalam membeli kelab bola sepak Inggeris, Queens Park Rangers (QPR). Syarikat Malaysia itu membeli 66 peratus kepentingan Bernie Ecclestone dalam kelab bola sepak itu pada harga yang tidak didedahkan.

Pembelian tersebut menyaksikan Tune Sports menjadi syarikat Malaysia pertama memiliki pasukan Liga Perdana Inggeris. Pembelian itu juga menyaksikan Tony kini adalah pengerusi baru dan Kamarudin ahli lembaga pengarahnya manakala keluarga Mittal mengekalkan 33 peratus kepentingan kelab itu. Kamarudin berkata, antara faktor QPR dipilih ialah kelab itu baru sahaja dinaikkan ke Liga Perdana dan berpangkalan di London. “Kami akan membina pasukan ini. Kami mahu melibatkan diri dengan kelab ini. “QPR menawarkan potensi yang baik kerana ia mempunyai pemain dan pengurus yang baik. Beri mereka peluang,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Tony dan Kamarudin menguasai 75 peratus dalam Tune Sports manakala baki 25 peratus dimiliki oleh Ruben Gnanalingam. Hasrat Tony dan Kamarudin untuk memiliki kelab Liga Perdana bukan baru dan pada tahun lalu beliau terlepas peluang untuk memiliki West Ham, yang merupakan pasukan kegemarannya kepada David Sullivan dan David Gold. Menurut Kamarudin, selain mengetengahkan syarikat Malaysia di arena antarabangsa, sukan bola sepak tempatan juga boleh meraih manfaat daripada pembelian QPR itu. “Pelbagai cara boleh dilakukan pada masa depan yang antaranya ialah dalam bentuk kerjasama dan juga mungkin mewujudkan akademi bola sepak,” jelas beliau.

Sementara itu, Tony, yang menganggapnya seorang peminat West Ham dalam laman sosial Twitter seperti dipetik AFP berkata, beliau sejak sekian lama memegang satu ‘tempat lembut’ bagi QPR yang digelarnya sebagai sebuah ‘berlian mentah’. “Rangers merupakan salah sebuah pasukan pertama yang saya tonton ketika kecil di Loftus Road. Saya sentiasa mahu terlibat dalam bola sepak dan tarikan kelab London seperti QPR ialah peluang yang terlalu bagus untuk ditolak. QPR ialah sebuah berlian mentah dan semoga saya mampu menyumbangkannya menjadi berlian,” katanya. utusan

-- Mentega Golden Churn HARAM - JAKIM
-- Gadis 17 Thn Rancang Culik Diri Sendiri Ditahan Polis Di Puchong
-- Suspek Rompak Simbah Asid, No Plat WLC 1475, BEWARE!!!!
 

1 comment:

Sharinginfoz said...

memang respect ngan tony ni, memang pandai.....