ad ld

Pages

Friday, January 7, 2011

Bangkai Cicak Ditemui Dlm Botol Sos?

ALOR SETAR - Seorang pemilik kedai makan di Pekan Langgar dekat sini terkejut apabila menemui satu objek yang didakwanya bangkai seekor cicak dalam botol sos ketika ingin memasak Rabu lepas.

Nor Hashima Mohd. Noor, 29, berkata, bangkai cicak itu ditemui pekerjanya Nor Hayati Abu Hassan, 25, yang ingin menggunakan sos berkenaan untuk memasak mee bandung kepada pelanggan.

"Ketika pekerja saya menuang sos yang baru dibeli di kedai runcit berhampiran ke dalam mangkuk, dia (Nor Hayati) nampak satu benda putih berekor tetapi dia tidak menyangka objek putih itu adalah cicak. "Apabila saya dan rakan melihatnya dengan lebih dekat, kami terkejut apabila mendapati ia adalah bangkai cicak,” katanya.

Nor Hashima kemudian cuba menghubungi nombor syarikat berkenaan yang tertera pada botol sos itu, tetapi gagal. kosmo

No comments: