ad ld

Pages

Wednesday, January 12, 2011

(Gambar) Pesawat Air Asia Terbabas Mendarat Di LTAK

Pesawat AK 5218 milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang terbabas keluar daripada landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sejurus mendarat dalam keadaan cuaca buruk pada jam 10.02 malam tadi masih belum dialihkan daripada landasan. Sehubungan dengan insiden itu, LTAK ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak, - Foto BERNAMA : Jan 11, 2011 2:16 pm

KUCHING, 11 Jan (Bernama) -- Beberapa kaunter utama syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) menjadi tumpuan beratus-ratus penumpang domestik dan antarabangsa berikutan penutupan lapangan terbang berkenaan selepas sebuah pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat pada Isnin.

Mereka tertumpu ke kaunter AirAsia, Malaysia Airlines (MAS) dan MasWing untuk mendapatkan perkembangan terkini penerbangan memandangkan LTAK masih ditutup kepada beberapa penerbangan komersial setakat jam 6 petang ini.

Bagaimanapun hanya dua penerbangan yang dibuat setakat ini iaitu MH2505 pada jam 7.30 pagi dan MH2515 pada jam 5.30 petang ini ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira 10.20 malam Isnin, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur bersama 124 penumpang terbabas dari landasan ketika mendarat semasa hujan lebat, mengakibatkan empat penumpang cedera.

Ketika ditemui Bernama, Sumping anak Tukey, 28, dari Debak, Betong, berkata beliau tidak mengetahui berita penutupan LTAK dan hanya dimaklumkan penangguhan penerbangan sebaik sahaja mendaftar masuk di kaunter masuk penerbangan AirAsia.

Beliau yang disertai isteri dan dua anak masing-masing berusia tiga bulan dan lima tahun, difahamkan hanya akan dapat berlepas ke Kuala Lumpur pada 7.10 malam, 13 Jan ini.

"Saya bertolak jam 1 pagi tadi dari Debak dengan menaiki van mangambil masa enam jam untuk memastikan kami dapat menaiki pesawat pada 3 petang ini ke Kuala Lumpur, namun tidak tahu pun penutupan LTAK akibat kes pesawat AirAsia yang terbabas malam tadi," kata Sumping, yang bertugas di Kuala Lumpur sebagai anggota tentera.

Farawahida Abdullah, pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam di sini, pula dimaklumkan tentang penangguhan penerbangan oleh AirAsia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pagi ini.

Katanya penerbangan beliau sepatutnya berlepas pada 10 pagi namun ditangguh dua kali iaitu kepada pukul 12 tengah hari dan 2 petang.

"Saya hanya akan berlepas ke Kuala Lumpur pada 13 Jan ini dan bernasib baik kerana kami diberi tempat penginapan di sebuah hotel dekat LTAK malam ini dan esok," katanya.

Sementara itu, kerja-kerja memindahkan pesawat AirAsia yang terbabas itu masih giat dilakukan oleh para jurutera AirAsia dengan menggunakan dua kren serta beberapa jentera berat.

Keadaan cuaca yang masih hujan di sekitar LTAK membantutkan operasi mengalih keluar badan pesawat yang terbabas di kawasan tanah di sisi landasan itu. bernama

Klik utk: -- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali ...Phewiittt
-- (Gambar) Mayat Pelajar 15 Thn Dibunuh Ditanam Di Blkg Rumah Di Kg Sadong Jaya Kota Samarahan
--  Salahkah Besarkan Payu Dara - Wanita Hari Ini (WHI) TV3 

2 comments:

CT said...

takutnya...

hubbyhoney said...

emmm... bila tgk mcm tu ... terus rasa serammm.... selama ni dok ulang alik dr sabah g penang.... tapi alhamdulillah la... xde apa lg.... br2 ni naik flight xbeli pn insurans...... tapi mmg takut la... sepanjang perjalanan tu flight goyang je......