ad ld

Pages

Wednesday, January 19, 2011

(Gambar) Nurul Syuhada TV3 Perjelas Isu Kahwin

Pengacara Majalah Tiga, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 27, menjelaskan desas-desus yang mengatakan dia akan menamatkan zaman bujangnya pada Julai ini hanyalah sekadar khabar angin yang disebarkan pihak tertentu. Nurul menjelaskan hasrat untuk mendirikan rumah tangga sememangnya dirancang namun ia bukanlah pada tahun ini seperti yang digembar-gemburkan.

“Tiada perancangan yang besar untuk diperkatakan pada tahun ini. Desas-desus saya nak kahwin bukanlah kali pertama diperkatakan. Pada tahun lalu pun gosip itu sudah timbul. “Saya pun tidak tahu dari mana mereka dapat cerita itu. Namun saya beranggapan, persepsi itu timbul daripada mereka yang benar-benar nak tengok saya kahwin,” katanya yang menganggap khabar angin itu sebagai satu doa buat dirinya.

Nurul juga memberitahu sebagai seorang wanita yang sudah meningkat usia, sememangnya dia mempunyai perancangan untuk mempunyai sebuah keluarga.

“Perancangan dan hasrat untuk berumah tangga sememangnya ada, umur saya pun sudah masuk 27 tahun. Namun ia bergantung kepada jodoh yang sudah ditetapkan. “Setakat ini, belum ada sebarang persiapan tentang itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa. Kata Nurul, dia tidak akan memberitahu perkara tersebut jika ia benar-benar berlaku dan berharap peminat-peminat dapat mendoakan sesuatu yang terbaik buatnya.

“Jangan risau saya tidak akan menyembunyikan perkara ini daripada peminat dan kalau boleh saya mahu mereka mendoakan yang baik-baik saja,” ujarnya. Dalam pada itu, jurucakap produk Avon ini juga menganggap tahun 2011 bakal membawa lebih banyak kemajuan dalam bidang kerjayanya. Dia yang dicalonkan dalam kategori, Pengacara Wanita Popular menerusi Anugerah Bintang Popular 2010 menganggap pencalonan itu telah menyuntik semangat dan motivasi dalam dirinya.

“Tersenarai dalam pencalonan tersebut sahaja telah memberi motivasi kepada diri saya sebagai pengacara program berbentuk majalah. “Saya bersyukur kerana ia bukan mudah untuk bersaing dengan nama-nama besar terutamanya pengacara yang sememangnya popular dengan rancangan hiburan,”katanya. mstar

-- (Gambar) Org Ramai Kutip Duit Bertabur Lps Kemalangan Hilux Dan BMW Di Km 234 Highway PLUS Susur Keluar Pedas
-- (Gambar) Mayat Ketua Jurulatih PLKN Maut Kemalangan di Km 6 Jln Lama Papar - Kota Kinabalu Sabah
-- (Gambar) Mayat Pelajar 15 Thn Dibunuh Ditanam Di Blkg Rumah Di Kg Sadong Jaya Kota Samarahan
-- Salahkah Besarkan Payu Dara - Wanita Hari Ini (WHI) TV3 

No comments: