PETALING JAYA: Gara-gara tawaran berlakon yang semakin banyak, aktor Kamal Adli,24, (gambar) terpaksa melupakan hasratnya untuk memikirkan soal kahwin dengan kekasihnya pelakon Intan Ladyana,28.
Menurut Kamal, pada tahun 2011 ini jadual penggambaran filem mahupun drama yang diberikan padanya agak padat menyebabkan perancangan untuk berumah tangga terpaksa dipendamkan terlebih dahulu.
“Saya memang nak kahwin tetapi buat masa ini saya tak fikirkan sangat perkara itu. Bukan apa, saya mahu berikan tumpuan terhadap kerjaya seni saya yang sedang meningkat naik pada tahun ini,” katanya kepada mStar Online.
Kamal berkata, hasrat untuk bergelar seorang suami terpaksa diketepikan kerana dia juga tidak mempunyai aset yang kukuh sebelum memilih tarikh perkahwinan. Katanya, ketika tawaran datang mencurah-curah seperti inilah dia harus merebut peluang berkenaan yang suatu hari nanti dapat membantunya untuk menampung keperluan berumah tangga.
Pelakon drama bersiri BioNik ini berkata, dia berterima kasih kepada kekasihnya Intan memahami perkara itu dan tidak mendesak untuk berkahwin. “Syukurlah kami berdua masing-masing memahami tanggungjawab dan keperluam.
Jadi, soal berumah tangga ini bukanlah satu masalah buat kami berdua,” katanya yang bakal muncul menerusi filem arahan Farid Kamil, Pertiga tidak lama lagi. Atas dasar persefahaman itu ujar Kamal, hubungan mereka tidak pernah stres akibat desakan oleh mana-mana pihak mahupun keluarga. mstar
-- Salahkah Besarkan Payu Dara - Wanita Hari Ini (WHI) TV3
-- (Gambar) Pramugari MAS Ditemui Mati Di Hotel Raddison Amsterdam Belanda
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Org Ramai Kutip Duit Bertabur Lps Kemalangan Hilux Dan BMW Di Km 234 Highway PLUS Susur Keluar Pedas
No comments:
Post a Comment