Wow bestnya.. Happening btul, tahniah utk Datin Umie Aida.
PETALING JAYA: Aktres Umie Aida menerima kejutan sempena ulang tahun hari jadinya ke-38 oleh suami dan adiknya. Majlis berkenaan disambut pada Selasa lalu di Restoran Tony Romas, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Namun begitu, Umie berkata dia dapat menghidu terlebih awal tentang majlis tersebut kerana suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan tidak pandai ‘berlakon'. Bagaimanapun, Umie pada mulanya hanya menyangkakan suaminya mahu mengajaknya ke majlis makan malam biasa dan bukan majlis besar yang dihadiri seramai 60 orang itu.
"Mereka sepatutnya menyambut majlis hari jadi saya pada malam 17 Januari lalu tetapi waktu itu saya tidak sihat. Jadi, mereka terpaksa menunda kepada malam 18 Januari lalu. Saya dapat mengagak suami akan membuat sesuatu (kejutan hari jadi) pada malam itu apabila dia mengajak saya keluar tetapi dia berpakaian formal. "Sedangkan biasanya kalau dia keluar bersiar-siar dengan saya pada waktu malam, dia hanya selesa mengenakan pakaian ringkas,” katanya kepada mStar Online.
Artis yang hadir ialah kakaknya, Erma Fatima, Erra Fazira, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Ning Baizura, Sofea Jane, Ziela Jalil, Noniswara dan Maya Karin.
Bercerita tentang hadiah hari lahir pemberian suami, Umie berkata dia tidak menerima dan meminta apa-apa hadiah daripada suaminya. “Saya tidak mengharapkan apa-apa hadiah. Yang penting suami memberikan kasih-sayang dan menghargai diri saya. “Sempena ulang tahun ini, saya mendoakan agar diberikan rezeki anak,” ujarnya yang akan terlibat dengan penggambaran sebuah telefilem pada Februari ini.
Selepas selesai dengan pementasan teater Natrah, dia berehat seketika daripada berlakon dan bercuti ke Eropah bersama-sama suami. mstar
-- (Gambar) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Alor Setar
-- (Gambar) Pelajar UiTM Patah Tulang Belakang Dihempap Batu Besar Di Bukit Broga
-- (Gambar) Budak 22 Bln Hilang 18 Jam Di Hutan Kg Lintah Perak
-- Pramugari MAS Chin Swee Len Ditemui Mati Di Amsterdam Belanda
1 comment:
best nya!!!
Post a Comment