ad ld

Pages

Saturday, January 21, 2012

Izwan Pilus Meninggal Dunia

Dunia hiburan pada Jumaat telah dikejutkan dengan kematian penyanyi popular Izwan Pilus, akibat jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus yang serius.

Izwan, 32, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini beberapa jam selepas dimasukkan ke wad.

Tuesday, January 17, 2012

Ramlah Ram ft Sleeq, Sesaat Kau Datang, Lagu Dan Lirik

Sape suka lagu Ramlah Ram yg tgh meletop2 ni? Sesaat Kau Datang - Ramlah Ram feat Sleeq. Boleh kata hari hari ada kt radio kan. Klik jika nak dengar ok.



Amacam, best ke?

Farah Lee Pilihan Keluarga Ally Iskandar

Pengacara popular, Ally Iskandar, 36, bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan keluarganya, Farah Lee, 23, pada 20 Januari ini.

Difahamkan, majlis pernikahan ini akan diadakan di rumah Farah yang terletak di Kampung Atas Tol, Terengganu. Majlis yang dirancang serba sederhana ini hanya akan dihadiri oleh sanak-saudara dan teman rapat sahaja.

Monday, January 16, 2012

Hattan Dan Farah Asyikin Bercerai

Meskipun sedih apabila mahligai yang baru dibina musnah dalam tempoh dua bulan, penyanyi Biso Bona, Hattan menolak andaian sesetengah pihak bahawa perceraian dengan isterinya Farah Asyikin Osman, 33, berpunca daripada kehadiran orang ketiga.

Beliau sebaliknya menegaskan, perceraian tersebut disebabkan kegagalan mereka memahami dunia masing-masing yang berbeza.

Sunday, January 15, 2012

Ferrari RM2 Juta Remuk Ketika Pandu Uji Di Lebuh Raya KLIA

Sebuah kereta Ferrari F430 yang sedang dipandu uji terbabas mengakibatkan kenderaan bernilai hampir RM2 juta itu remuk di Lebuh Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, kereta mewah yang boleh memecut sehingga kelajuan 315 kilometer sejam tersebut dinaiki oleh dua lelaki berusia lingkungan 30-an dari terminal KLIA menghala ke arah plaza tol KLIA.

Saturday, January 14, 2012

Kapal KD Mutiara TLDM Terbakar

Sebuah kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar di limbungan Malaysian Marine and Haevy Engineering (MMHE) Sdn. Bhd., Pasir Gudang petang kelmarin mengakibatkan lebih separuh kapal tersebut musnah.

KD Mutiara yang merupakan kapal pengukur kedalaman laut sedang menjalani kerja-kerja baik pulih di MMHE apabila kebakaran itu berlaku pada pukul 7.30 petang.

Friday, January 13, 2012

Datuk Eizlan Yusuf - Jangan Pertikai Gelaran Saya

Pelakon Datuk Eizlan Yusof meminta orang ramai tidak mempersoalkan gelaran Datuk yang diterimanya kerana ia adalah sesuatu yang istimewa kurniaan pihak Istana Pahang.

Eizlan, 41, atau nama sebenarnya Idris Md Yusof berkata, individu yang mempertikaikan kurniaan tersebut seolah-olah tidak mempercayai kredibiliti dan kemuliaan istana yang harus dihormati.

SBPA Disemak Semula - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula. Semakan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA.

"Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuatkuasa mulai1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan, Khamis. Beliau berkata, Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula. Katanya, semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Thursday, January 12, 2012

Rumah Wardina Dirompak, Suaminya Dipukul 3 Lelaki Bertopeng

Rumah Wardina dirompak, suaminya dipukul dan 5 buah laptop dilarikan 3 lelaki bertopeng yg memecah masuk rumah mereka pagi tadi. Kata Wardina, suaminya dipukul kerana tiada barang kemas.




Kesian Wardina n familynya, seb baik anak2 tidak diapa apakan.

-- Zaquan Minta Rita Rudaini Tidak Sebar Fitnah
-- Gambar Fasha Sandha Di Langkawi

Myvi Terbang Atas Van, Wowww

Ini bukan aksi filem tetapi kejadian yang benar-benar berlaku. Seorang jurujual nyaris maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas sebelum 'terbang' ke atas sebuah van yang diletakkan di tepi jalan.


Monday, January 9, 2012

Anwar Ibrahim Bebas Tuduhan Liwat

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa. kosmo

- Keputusan kes berprofil tinggi ini akhirnya terjawab. Tentunya satu bentuk kemenangan besar bagi pembangkang dan juga ketelusan keputusan mahkamah tidak dipengaruhi mana2 pihak semata mata.

-- Ezani Doktor Gigi Juara Masterchef Pertama
-- Guna Facebook Pesong Akidah

Ezani Doktor Gigi Juara Masterchef Pertama

Peserta Ezani Farhana Md Monoto, 26, berjaya menewaskan Wahidan Ag Supain dengan bergelar juara MasterChef Malaysia yang pertama pada pertandingan akhir program Masterchef, malam Ahad.

Kemenangan Ezani melayakkan dirinya untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta kontrak menerbitkan dan mengedarkan buku masakan sendiri.

Sunday, January 8, 2012

Lisa Surihani Dan Yusry Ubah Lokasi Nikah

Pasangan selebriti, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim telah mengubah lokasi majlis pernikahan mereka pada 23 Februari ini daripada cadangan awal di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya ke Hotel Marriot Putrajaya.

Lisa menjelaskan, perubahan lokasi itu yang dibuat selepas berbincang dengan keluarga Yusry bagi mengelakkan majlis tersebut mengganggu jemaah di masjid berkenaan.

Guna Facebook Pesong Akidah

Golongan remaja khususnya wanita Islam dinasihat supaya berhati-hati ketika berkenalan dengan individu tidak dikenali di Facebook kerana terdapat aktiviti untuk memesongkan akidah mereka menggunakan laman sosial berkenaan.

Saturday, January 7, 2012

Piala Sumbangsih Kelantan vs N Sembilan, 1-1 Separuh Masa Pertama

Nor Shahrul a.k.a Matyo jaringkan gol minit ke 19 membuka tirai perlawanan Piala Sumbangsih 2012 Kelantan vs N.Sembilan. Separuh masa pertama Kelantan dominasi game dgn kawalan dan hantaran bola kemas manakala N.Sembilan pula dilihat byk melakukan kekasaran dan mengutip kad kuning pertama.

Pemain import Owona menjadikan kedudukan 1-1 pd minit 30. Tendangan yg terkena kaki Farisham melencong masuk ke gol.

Polis Benarkan Perhimpunan 901

Polis Kuala Lumpur membenarkan penyokong ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan di tempat letak kereta di luar pekarangan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta pada Isnin ini.

Wednesday, January 4, 2012

Gambar Nur Amalina Che Bakri, Ibu Jwb Tohmahan

Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).

Malah pelajar yang mendapat 17A SPM itu, kini menjalani latihan amali di sebuah pusat perubatan terkemuka di UK, dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei ini.

Tuesday, January 3, 2012

Datuk Salleh Majid Meninggal Dunia

Bekas Presiden, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) (kini Bursa Malaysia) Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid meninggal dunia semalam akibat barah usus dan kegagalan buah pinggang.

Mohd. Salleh, 62, meninggal dunia kira-kira 10.20 pagi di Hospital Kuala Lumpur. Allahyarham menjadi Presiden BSKL pada 1996 dan bersara daripada badan itu pada 2003.