ad ld

Pages

Monday, September 30, 2013

Majlis Merisik Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Di Carcosa Seri Negara

Zain Saidin telah menghantar rombongan merisik Rozita Che Wan berlangsung di Carcosa Seri Negara pada Ahad. Majlis merisik dihadiri ahli keluarga dan saudara mara terdekat kira kira 50 orang.



Menurut pengurus Che Ta, majlis merisik dilakukan untuk mengetahui status Che Ta dan bukannya majlis pertunangan. Tahniah buat Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Semoga segalanya lancar untuk mereka.

-- Isteri Norshahrul Idlan Talaha Minta Maaf
-- Leuniey Natasha Mengandung 5 Bulan Makin Berseri (Gambar)
-- Marion Caunter Sarat Mengandung Anak Kedua Tetap Jelita (Gambar)

Thursday, September 26, 2013

Pernikahan Adam AF Dan Fiza Elite (Gambar)

Tahniah Adam AF dan Fiza Elite telah selamat bergelar suami isteri. Majlis pernikahan berlangsung di Jabatan Agama Islam JAIS hari ni. Adam menjadi suami Fiza dengan sekali lafaz.



Tahniah buat mereka. Semoga kekal bahagia selamanya.

-- Video Isteri Matyo Maki Pak Guard Airport
--

Wednesday, September 25, 2013

Video Isteri Matyo Maki Pak Guard Airport

Video terhangat minggu ini. Pak Guard berusia vs isteri mat yo. Pakcik bodoh la, dayus.. perhh perhh.. Jom tengok je lah ya.





Power tak?

-- Pak Guard Skypark Ceritakan Kes Isteri Matyo (Video)
-- Pernikahan Fouziah Gous Dan Md Zhafran (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)

Adam AF Dan Fiza Elite Bakal Bernikah (Gambar)

Penyanyi Adam AF2 mengakui tidak peduli dengan status janda bakal isterinya iaitu penyanyi dan pelakon Fiza Elite. Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 30, berkata, dia sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada anak-anak selebriti tersebut. "Secara jujurnya saya tidak pernah kisah tentang status seseorang wanita itu, memang ramai yang bertanya saya sama ada saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut. "Saya sudah bersedia insyaAllah, harap semua piahk dapat doakan agar saya dapat menjalankan tanggungjawab tersebut dengan ikhlas," katanya kepada mStar Online, Selasa.


Adam berkata demikian ketika diminta mengulas tentang berita pernikahanya yang bakal diadakan pada Khamis ini di Jabatan Agama Islam Selangor pada pukul 10 pagi. Biarpun baru mengenali wanita tersebut pada pertengahan Julai lalu, Adam berkata, dia mula jatuh cinta dan ingin menjadikan Fiza sebagai isterinya yang sah. "Kami sebelum ini pernah berjumpa tetapi tiada apa-apa perasaan tapi selepas perubahan dia ke arah menjadi insan yang lebih baik saya mula rasa ingin mendekati dirinya. "Daripada beberapa pertemuan dengan dia, saya semakin suka dan jatuh hati sehingga melamarnya untuk dijadikan isteri yang sah," katanya.

Tuesday, September 24, 2013

Baju Dalam Merah Che Ta Nafikan Miliknya (Gambar)

Baju dalam merah Rozita Che Wan dijual di internet? Lawak wooo. Kononnya bra merah Che Ta dipakai di lokasi penggambaran..kih3. Semalam Rozita Che Wan dah menafikan baju dalam itu miliknya.


Penafian Che Ta. Macam macam idea lawak skang kan..huhu.

-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Pak Guard Skypark Ceritakan Kes Isteri Matyo (Video)
-- Bapa Datuk Khaled Nordin MB Johor Meninggal Dunia

Monday, September 23, 2013

Rabecca Nur Islam Bersalin Anak Kedua 3.74kg (Gambar)

Rabecca Nur Al Islam telah selamat melahirkan anak keduanya di Hospital Gleanegles, Ampang sekitar jam 9.35 pagi, Jumaat lalu. Suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman menemaninya ketika melahirkan Nor Anggerik Renesmee seberat 3.74 kilogram melalui pembedahan.


“Alhamdulillah saya dan bayi sihat,” kata Rabecca Nur Al Islam, dipetik Harian Metro. Kelahiran bayi baru itu melengkapkan hidup pasangan berkenaan yang sudah mempunyai dua anak, Nor Adam Daniel, 5 dan Nor Anggun Raveira, 10 bulan. “Saya dam suami suka keluarga besar, tetapi mungkin saya akan berehat dulu daripada menambah ahli keluarga baru,” katanya. sinarharian

-- Pernikahan Fouziah Gous Dan Md Zhafran (Gambar)
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar)
-- Anne Ngasri Bersalin Anak Lelaki 3.4kg (Gambar)

Sunday, September 22, 2013

Darren Peserta Kedua Tersingkir AF 2013 (Gambar)

Peserta dari Pulau Pinang, Darren terpaksa akur tersingkir pada minggu kedua program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF2013) yang yang berlangsung pada malam Sabtu di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya. Pengumuman itu dibuat oleh Faizal Tahir. Darren atau nama sebenarnya Chin Teik Meng, 21, yang menyampaikan lagu nyanyian asal Datuk M.Nasir berjudul Mentera Semerah Padi mendapat undian terendah sebanyak empat peratus (%).


"Terima kasih kerana mengundi saya sebelum ini Kegagalan ini bukan bermaksud saya perlu berputus asa dengan cita-cita saya sebagai penyanyi. "Walaupun perjuangan sampai di sini kita akan jumpa lagi selepas ini," katanya pada sidang media selepas siaran langsung konsert berkenaan.

Thursday, September 19, 2013

Hanez Suraya Dipeluk Lelaki Sekadar Kawan Rapat (Gambar)

Pelakon Hanez Suraya menjelaskan lelaki bersamanya di dalam gambar ketika bercuti di sebuah pulau merupakan kawan lelaki yang paling rapat dengannya ketika ini. Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 28, berkata, hubungan mereka masih baru dan kedua-duanya dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.


"Ya, buat masa ini dia adalah lelaki paling rapat dengan saya, namun masih terlalu awal untuk mengatakan kami bercinta. "Dia merupakan kawan kepada kawan saya dan kami masih mengenali hati budi, kalau betul saya bercinta, saya akan beritahu secara umum di laman sosial," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa. Hanez berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gambar mesranya dipeluk seorang lelaki yang tersebar di Internet baru-baru ini.

Jelasnya, gambar itu diambil ketika dia sedang menjalani penggambaran sebuah program sukan di Pulau Tioman, Pahang. "Saya ada penggambaran program Sukan Ekstrem terbitan RTM di Pulau Tioman dan dia datang untuk berjumpa saya. "Saya tidak tahu bagaimana gambar tersebut tersebar kerana bukan saya yang muat naik di laman sosial, tapi saya percaya orang-orang terdekat yang turut sama berada di sana yang melakukannya," kata Hanez.

Sementara itu, bercakap tentang lelaki itu, Hanez berkata pemuda itu seorang yang menyenangkan, bertanggungjawab dan romantik. "Bagi saya dia seorang yang bertanggung jawab dan penyayang. Mahu cakap lebih-lebih pun tak boleh kerana hubungan ni masih baru lagi, saya takut bulan depan sudah tiada apa-apa," katanya. Tambah Hanez, dia memerlukan masa untuk mengenali lelaki berkenaandengan lebih mendalam sebelum menerimanya sebagai kekasih selepas hubungan cintanya dengan penyanyi Awi Rafael terputus. mstar

-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
--  Shalwati Mengaku Pukul Ammar Mengamuk Lepas Bergaduh Dengan Aishah Di Sweden (Gambar)
--  Liyana Jasmay Mengandung 4 Bulan (Gambar)
--  Romie Kekasih Hanez Suraya, Dakwaan Isteri Saya Fitnah Semata Mata (Gambar)
--  Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Saturday, September 14, 2013

Pernikahan Black Dan Naquira Yasirah Di Zebra Square (Gambar)

Penyanyi Black Hanafiah mengimpikan untuk mempunyai sebuah keluarga besar iaitu bilangan anak yang ramai selepas bergelar suami kepada Naquia Yasirah Mohamad Khairi pada Jumaat. Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, berkata, hasrat itu ditanamnya kerana dia dan Naquia Yasirah, 28, dilahirkan dalam keluarga yang kecil iaitu masing-masing mempunyai tiga beradik.


“Keluarga kami kecil iaitu masing-masing ada tiga beradik. Melihat kepada jumlah kecil itu, saya, kalau boleh mahu sebuah keluarga yang besar, Insya-Allah,” katanya. Black berkata demikian selepas majlis akad nikahnya dengan Naquia Yasirah di Zebra Square, Kampung Pandan, Jumaat. Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan Mohamad Khairi Abu Hassan, 55.


Pihak lelaki memberikan wang hantaran sebanyak RM12,000 dan mas kahwin RM80 berserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan. Black yang popular dengan lagu Teman Pengganti berkata, dia dan isterinya tidak merancang mengenai bilangan anak sebaliknya mahu mendapat zuriat secepat mungkin.

“Anak itu rezeki bagi kami. Bukan senang nak dapat anak. Bagi saya, lagi cepat, lagilah bagus,” ujarnya.
Mengenai lokasi berbulan madu Black memberitahu mereka memilih untuk mengerjakan Umrah di Tanah Suci, Mekah yang dijadualkan pada awal tahun hadapan.. Dalam pada itu bercerita apakah penyebab dia jatuh hati terhadap Naquia Yasirah, pemuda itu berkata, selama ini dia mencari wanita yang tidak mengenalinya sebagai seorang artis.

Katanya, sehinggalah pada 18 Oktober 2012, Black berkenalan dengan Naquia Yasirah di Dataran Merdeka, melalui seorang teman dan mendapati wanita tersebut tidak mengetahui dia seorang penyanyi ketika mereka bertentang mata. “Saya masih ingat lagi pada tarikh 18 Oktober 2012 pukul 6.56 petang, saya bersalaman dengan dia (isteri) dan saya lihat reaksinya, dia tidak kenal saya (penyanyi). Saya pun terkejut. Bermula dari situlah saya berusaha untuk mendapatkannya,” ujar Black.

Sementara itu Naquia Yasirah pula berkata, dia menyukai Black kerana sifatnya yang jujur, penyayang selain merupakan lelaki terbaik dalam hidupnya. Dia yang pernah bekerja dan menuntut di Melbourne, Australia kini bekerja dengan sebuah syarikat milik keluarga. Naquia Yasirah juga merupakan anak saudara kepada Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan iaitu suami kepada pelakon Datin Umie Aida. mstar

-- Wan Sakinah Isteri Kedua Ashraf Muslim Mengandung? (Gambar)
-- Budak Mati Tersepit Kereta Mengundur Depan Rumah (Gambar)
-- Polis Dihukum Buat Seks Oral Pelajar Tingkatan Tiga (Gambar)

Friday, September 13, 2013

Budak Mati Tersepit Kereta Mengundur Depan Rumah (Gambar)

“Ayah, adik dekat belakang mati kena langgar!” Hanya itu mampu diungkapkan kakak kanak-kanak berusia dua tahun yang maut dirempuh kereta bapanya di kediaman mereka di Taman Kerian Parit Buntar, semalam. Lebih memilukan, kejadian tragis itu berlaku di hadapan mata bapa kanak-kanak malang itu. Ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mohd Adam Mohd Ali difahamkan berada di belakang kereta Toyota untuk mengambil seliparnya manakala abangnya, Aiman Yasin Mohd Ali yang berusia empat tahun berada dalam kereta terbabit dan cuba menghidupkan kenderaan itu.


Bapa mangsa, Mohd Ali Hussin, 53, berkata, ketika kejadian, dia baru tiba di rumah selepas menghantar isterinya berniaga di Alor Pongsu, Bagan Serai dan ingin bergegas menghantar anak perempuannya ke sekolah. Menurutnya, sebaik sahaja tiba di rumahnya, dia masuk ke dalam sebentar untuk mengambil barang sebelum terdengar bunyi bising dari luar rumah.

Thursday, September 12, 2013

Kemalangan Bas Treler Dan Vios Di Km31.5 Karak 13 Cedera (Gambar)

Sebanyak 13 mangsa cedera dalam nahas membabitkan dua buah bas, satu treler dan sebuah kereta di Km31.5, Lebuhraya Karak, Rabu. Penolong Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.49 petang dan tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian.


Katanya, kemalangan membabitkan empat kenderaan itu dari arah Karak menuju ke ibu negara dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu sebuah bas pelancong mengawal kenderaannya lalu merempuh sebuah bas ekspres dan kereta Toyota Vios yang kemudiannya melanggar treler di hadapannya. "Saya percaya kemalangan berpunca disebabkan ada kenderaan yang dibawa laju dan perlahan, namun kami akan menyiasat kemalangan itu bagi mengenal pasti punca sebenar," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Wednesday, September 11, 2013

Anne Ngasri Bersalin Anak Lelaki 3.4kg (Gambar)

Anne Ngasri selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.4kg yang merupakan anak keempatnya dan anak pertama hasil perkahwinan dengan suami barunya Mohd Sumali Reduan. Mereka berkahwin pada tahun 2012.


Tahniah buat Anne Ngasri dan Sumali Reduan. Semoga kehadiran ahli baru ini menceriakan lagi kehidupan mereka.

-- Anne Ngasri Slmt Bersalin Bayi Perempuan, Beri Nama Lps 7 Hari
-- Pernikahan Anne Ngasri Dan Mohd Sumali Reduan Di Homestay Citra
-- Nabila Huda Kemalangan Kenderaan Terbalik Di Lebuhraya Karak (Gambar)

Tuesday, September 10, 2013

Keputusan Malaysia vs Myanmar Pestabola Merdeka Malaysia Ke Final

Pasukan Malaysia berjaya mencatat kemenangan kedua Pestabola Merdeka apabila menewaskan Myanmar 2-1 di Stadium Darul Makmur, Isnin. Kemenangan ini secara rasminya melayakkan skuad bimbingan Ong Kim Swee ini ke final selepas mengumpul enam mata daripada dua perlawanan biarpun masih lagi berbaki satu perlawanan bertemu Thailand Rabu ini.


Kedua- dua pasukan mula mengatur serangan sejak awal permainan dimulakan apabila penyerang kebangsaan, Wan Zack Haikal Wan Nor berjaya membolosi benteng pertahanan lawan pada minit kedua permainan, namun cubaan itu gagal tepat ke pintu gol. Namun penyerang kelahiran Pahang itu dilayangkan kad kuning pada minit ke-12 kerana menerjah pemain Myanmar.

Tuesday, September 3, 2013

Persandingan Abby Abadi Dan Farhan (Gambar)

Abby Abadi dan suaminya Farhan melangsungkan majlis persandingan di rumah Abby. Dua dua sama cantik sama padan dan Abby make up sendiri suaminya Farhan. Tahniah buat mereka dan semoga kekal bahagia selamanya.







Cantik baju Abby kan.

-- Dr Halina Dan Anak Kedua Sophea Natasha (Gambar)
-- Natasha Hudson Tukar Nama Anak Naeema Kalila (Gambar)