ad ld

Pages

Monday, September 27, 2010

Gambar Kemalangan Maut Di Km 254 Lebuhraya PLUS Tol Senawang

Seremban 26 Sept: Lima sekeluarga menempuh detik ngeri apabila kereta dinaiki terbabas dan terbalik hingga menyebabkan seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 254.5 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, berdekatan susur keluar Senawang.


Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, perunding insurans, Azlina Nordin, 25, yang memandu Naza Forte dalam perjalanan dari Perak ke Melaka. Kereta berkenaan ketika itu dinaiki empat ahli keluarga lain iaitu ibu dan bapa mentuanya, Zainon Husain, 62, serta Siran Mat Yusop, 62, termasuk bayi lelakinya, Mohd Adam Shafique Faizul berusia sembilan bulan dan anak saudaranya, Puteri Saaratul Bahiyyah Megat Azran,2.

Siasatan awal mendapati sejurus tiba di tempat kejadian, kereta dipandu Azlina hilang kawalan dan terbabas di lorong kecemasan sebelum terbalik di tengah lebuh raya itu. Rempuhan dan hentakan kuat terbabit menyebabkan mangsa (Azlina), ibu dan bapa mentua serta bayi lelakinya cedera teruk pada seluruh anggota badan manakala anak saudaranya cedera ringan. “Semua mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS). - hmetro

-- Gambar Kemalangan Maut 10/10/10 Plaza Tol Simpang Ampat
-- Salima AF Isteri Kedua Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre (Gambar)
-- (Gambar) Mayat Gadis Kemalangan Viva Dan Lori Tangki Minyak Di Kg Gerai Besut Terengganu
-- Gambar Harrier Terbabas 3 Maut Di Km 199.1 Plus Dekat Alor Gajah

1 comment: