ad ld

Pages

Tuesday, November 30, 2010

(Gambar) Bolasepak: Barcelona 5 - Real Madrid 0

MADRID: Jose Mourinho menghadapi mimpi buruk apabila skuad bimbingannya Real Madrid dibelasah 5-0 oleh Barcelona di Camp Nou, awal pagi tadi, sekali gus kekalahannya pertama sejak menjadi jurulatih kelab itu musim ini.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Barcelona melonjak ke kedudukan pendahulu Liga Sepanyol.

Wira Sepanyol ketika final Piala Dunia Afrika Selatan, Xavi dan Pedro Rodriguez meletakkan Barcelona di depan sebaik perlawanan memasuki minit ke-17. Penyerang Sepanyol David Villa menambah derita Real dengan melakukan dua jaringan pada minit ke-54 dan minit ke-56. Pemain gantian Jeffren Suarez kemudian menjadikan gol kelima Barca pada minit-minit terakhir permainan.

Ia adalah kemenangan kelima berturut-turut Barcelona dengan jurulatihnya, Pep Guardiola mempertahankan rekod tanpa kalah musim ini.

Mourinho pula nyata tidak mampu mengulangi kejayaannya ketika membimbing Inter Milan musim lalu yang berjaya mengalahkan Barcelona pada peringkat separuh akhir saingan Liga Juara-Juara Eropah.- bharian

(Gambar) Asid Tumpah Nahas Lori Di Km 198.4 Lebuhraya Utara-Selatan Dkt Ayer Keroh

MELAKA: Sebuah lori membawa 80 tong asid nitrik terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM 198.4 Lebuhraya Utara-Selatan pada 5.40 pagi Isnin menyebabkan berlaku tumpahan bahan itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Melaka, R.Ezhumalai berkata kejadian itu menyebabkan 24 tong bahan itu bertaburan, sembilan daripadanya didapati bocor.

"Kemalangan yang berlaku tiga kilometer dari plaza tol Ayer Keroh itu telah menyebabkan tumpahan asid sehingga terbentuk kabus tebal dipercayai penyebab berlakunya satu lagi kemalangan melibatkan tiga buah kereta," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Menurutnya setiap tong seberat 280 kilogram mengandungi 200 liter asid nitrik berkepekatan 68 peratus dan asid kelas 8 itu bersifat menghakis dan kabus yang terbentuk boleh memudaratkan kesihatan.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," kata Ezhumalai sambil menjelaskan bahawa punca kejadian masih disiasat. Katanya lori itu dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Pasir Gudang, Johor.Seramai 52 anggota daripada Ibupejabat.

Bomba Melaka, Balai Bomba Ayer Keroh, Balai Bomba Bukit Katil, Balai Bomba Alor Gajah dan anggota pasukan Hazmat (bahan bahaya) dari Seremban terlibat dalam operasi membersihkan kawasan itu.

"Sehingga 1.15 petang ini, anggota kita berjaya mengawal keadaan. Kita sedang cuba memastikan asid yang tertumpah itu tidak lagi meruap dan menghasilkan kabus yang berbahaya kepada pengguna lebuh raya dan penduduk sekitar," kata Ezhumalai. - mstar

Friday, November 26, 2010

(Gambar) ABP 13 2010: Datuk Siti Nurhaliza Sah Tarik Diri Dari Anugerah Bintang Popular

PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza (gambar) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam Anugerah Bintang Popular ke-13 (ABP13) tahun depan.

Menurut Siti, keputusan itu dibuat selepas memenangi anugerah Bintang Paling Popular pada tahun lalu. Malah Siti ingin menjadi seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menarik diri ketika berada di kemuncak kejayaan.

"Setakat ini saya sudah berjumpa pihak pengurusan ABP untuk menjelaskan tentang penarikan diri ini dan mereka menerimanya dengan baik. Saya juga telah memberitahu peminat-peminat dan mereka menyokong keputusan saya itu. "Apa yang penting, saya bersyukur kerana sepanjang 12 tahun ABP diadakan mereka (peminat) sentiasa memberi sokongan. Keputusan ini juga tiada kaitan dengan masalah tidak puas hati terhadap pihak pengurusan.

"Cukuplah sampai di sini. Keputusan muktamad ini juga saya inspirasikan daripada Tun Mahathir sendiri dan saya percaya orang akan ingat kita sampai bila-bila," katanya yang ditemui di sidang akhbar Anugerah Bintang Popular, di sini, semalam. Tambah Siti, adalah menjadi impiannya untuk menjadi penonton ABP, menyokong para penggiat seni lain yang bertanding.

"Saya tahu dan sedar saya tidak akan berada di atas selamanya. Satu hari nanti, ada orang yang akan menggantikan saya," ujarnya. - mstar

-- Video Datuk Siti Nurhaliza Nyanyi Bukan Cinta Biasa, Nobody, Nirmala Di ABP BH 2010 3.4.11
-- Rita Rudaini Berdamai Dgn Mertua: Aidil Kata Damai, Rita Kata Dusta.. Apa Cer?
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- (Gambar) Murid 7 Thn Dipukul Meninggal Dunia, Guru Ditahan 

Thursday, November 25, 2010

(Gambar) Perkahwinan, Persandingan Erneelya Elyana Emrizal Dan Khairul Anuar Hussin

Gambar Perkahwinan Erneelya Elyana Emrizal dan Khairul Anuar Hussin.






-- Selamat Pengantin Baru. Tahniah utk mereka.

(Gambar) Tun Dr Lim Chong Eu Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Meninggal Dunia

GEORGETOWN: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu, 91, meninggal dunia di kediamannya di Tanjung Bungah di sini, malam tadi, selepas hampir sebulan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Mendiang yang dimasukkan ke HPP sejak 26 Oktober lalu kerana diserang angin ahmar, dibawa pulang ke rumah pada jam 7 malam tadi selepas keadaannya semakin tenat, dan disahkan meninggal dunia jam 9 malam.

Anak mendiang, Chien Aun mengesahkan bapanya meninggal dunia pada jam 9 malam ketika semua ahli keluarga berada di sisinya. Pengumuman rasmi akan dibuat oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, esok (hari ini)," katanya kepada pemberita di kediaman bapanya malam tadi.

Chong Eu menjadi Ketua Menteri yang kedua selama 21 tahun, bermula 12 Mei 1969 hingga 25 Oktober 1990 bagi menggantikan Tan Sri Wong Pow Nee. Mendiang menerajui GERAKAN sembilan tahun mulai 1971 dan di bawah kepimpinannya, GERAKAN menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1972.

Chong Eu dilahirkan pada 28 Mei 1919, di sini, mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free School sebelum mendapat Biasiswa Ratu pada 1937 bagi melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan d Universiti Edinburgh, Scotland. Mendiang mendapat ijazah perubatan dan pembedahan pada 1944 dan aktif dalam perkhidmatan awam termasuk dilantik ke majlis perundangan negeri pada 1949.

Mendiang adalah Canselor pertama Universiti Terbuka Wawasan dan menyandang jawatan Pro-Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) dari 1994 hingga 1999.

Chong Eu berkahwin dengan Toh Puan Goh Sing Yeng dan dikurniakan empat anak, masing-masing dua anak lelaki dan perempuan - Chien Aun dan Chien Cheng serta Pao Lin dan Pao Yen. - bharian

(Gambar) Micha Raines Bekas Tunang Putera Jefri Bolkiah Beri Keterangan Di Mahkamah

Micha Raines, bekas tunang Putera Jefri Bolkiah yang merupakan adik Sultan Brunei memberitahu sebuah mahkamah kelmarin bahawa beliau tidak mendapat bantuan kewangan daripada putera itu bagi menyara seorang anak lelaki mereka berusia lima tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

 

Raines, 41, yang juga merupakan bekas pekerja Putera Jefri berkata, walaupun tidak menerima bantuan, beliau jarang mengalami masalah kewangan. Menurutnya, Putera Jefri berkongsi kekayaan dengannya semasa mereka bersama antara tahun 1996 hingga 2005.

"Saya dibayar gaji (lumayan) ketika saya bekerja untuknya. Apabila kami bertunang, saya diberikan banyak hadiah," kata Raines. Menurutnya, pada satu ketika, beliau memperoleh AS$45,000 (RM140,265) sebulan. Wanita itu kini tinggal di sebuah kediaman mewah berharga AS$8.5 juta (RM26.4 juta) di Las Vegas yang dihadiahkan oleh Putera Jefri.

Beliau memberikan keterangan dalam kes saman Putera Jefri terhadap dua bekas peguamnya bagi menuntut ganti rugi lebih AS$7 juta (RM21 juta). Dua bekas peguamnya itu didakwa menipunya semasa menguruskan hartanya. Menurut Raines, putera itu mengupah dua peguam tersebut, Thomas Derbyshire dan isterinya Faith Zaman selepas mereka bertemu di London pada musim panas 2004.

Sebuah akhbar melaporkan bahawa wajah Raines menyerupai rupa empat patung wanita yang diukir sedang mengadakan hubungan seks dengan patung lelaki mirip Putera Jefri. - kosmo

-- Putera Jefri Bolkiah Beri Kunci Istana Kepada Peguam Britain
-- Putera Jefri Bolkiah Risau Patung Erotiknya Dipandang Serong
-- (Gambar) Erra Fazira Dpt Hadiah LV Sempena Anniversary
-- (Gambar) Fasha Sandha Di Parti Halloween 

Wednesday, November 24, 2010

(Gambar) 3 Maut Honda Civic Melambung Atas Van Vannette Di Lebuhraya Persekutuan Dkt Jln Syed Putra

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki, termasuk seorang kontraktor pengedaran akhbar kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) maut dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan dua kereta di Lebuhraya Persekutuan, berhampiran Jalan Syed Putra di sini, awal pagi semalam.


Dalam kejadian itu jam 4 pagi itu, kereta Honda Civic dipandu tukang masak, Lee Fong Hoon, 36, dan rakannya, Oo Der Hing, 25, dikatakan hilang kawalan selepas melanggar tiang lampu dan memasuki laluan bertentangan sebelum melambung ke atas van Nissan Vanette dipandu kontraktor, Raja Nazree Raja Sulong, 34.

Sunday, November 21, 2010

(Gambar) Nabil Raja Lawak dan Qasha Cium Mulut?

Inilah gambar yg dikatakan sebagai seakan akan Nabil dan Qasha.


Betul ke tak, ntah la ye.. Lu pikir la sndri..huhuhu.. Sumber: bharian

-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali ...Phewiittt
-- (Gambar) Perkahwinan Rabecca Nur Al Islam Dan Nor Azam Datuk Sulaiman
-- Rozita Che Wan Pakai Baju Ketat Jaga Badan (Gambar) 
-- Nadia Shahrul Annuar, Bekas Pengacara TV3 Bercerai

Tuesday, November 16, 2010

(Gambar) Majlis Ulang Tahun Tengku Ratu Haidar Anak Que Haidar, Linda Jasmine

Majlis Ulangtahun Tengku Ratu Haidar...



Monday, November 15, 2010

(Gambar) Perkahwinan Raja Farah Dan Megat Bashirun Datuk Zakaria

Raja Farah dan Megat Bashirun dinikahkan pada 12 November 2011, Jumaat, di Tropika, Bukit Jelutong.


 

- Tahniah utk mereka..

Sunday, November 14, 2010

(Gambar) Mizz Nina Dan Noh Hujan Sah Bertunang

PETALING JAYA: Pasangan yang dikatakan sedang hangat bercinta, vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh dan Mizz Nina atau Shazrina Azman sah bertunang pada 6 November lalu. Menurut sumber yang boleh dipercayai, majlis pertunangan tersebut diadakan secara ringkas dengan dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja.


"Alhamdulillah, majlis itu berjalan dengan lancar di rumah keluarga Mizz Nina di Ampang Jaya, Selangor.
"Tidak sampai 150 orang tetamu yang hadir kerana hanya keluarga rapat sahaja yang dijemput. Setakat ini saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perbincangan yang dibuat antara kedua-dua belah pihak. "Cuma mereka akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan," kata sumber itu kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Tambahnya, Mizz Nina dan Noh akan mengumumkan pertunangan mereka pada sebuah sidang media khas yang akan berlangsung pada 16 November ini di restoran Sri Melayu. Mereka akan menjelaskan segala persoalan yang berbangkit berkenaan dengan hubungan mereka itu.

Mizz Nina dan Noh dikatakan mula bercinta ketika mereka bekerjasama dalam projek album penyanyi wanita itu, What Are You Waiting For. Dalam album tersebut mereka turut berduet menerusi lagu Kurnia yang kini sedang hangat dimainkan di stesen-stesen radio. - mstar

Saturday, November 13, 2010

(Gambar) Isteri Mengandung, Jimmy Shanley Nafi Masalah Rumah Tangga

Pengacara Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 30, menerima berita gembira apabila isterinya, Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimi, 24, disahkan mengandung empat minggu.

Menurut Jimmy perasaannya bercampur baur apabila dia mendapat tahu berita itu dan tidak sabar menantikan ahli baru dalam keluarganya.

Meet Uncle Hussein Tiada Masalah, Kimmy Mahu Repot Polis

PETALING JAYA: Pengurus Meet Uncle Hussein (MUH) Kimmy, menjelaskan dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengan kumpulan tersebut. Katanya, dakwaan sebuah blog tentang kenyataannya di Facebook kononnya dia sedang berhadapan dengan masalah adalah adalah tidak benar.

Menurut Kimmy, dakwaan itu adalah fitnah pihak tertentu yang menyamar sebagai dirinya. "Akaun Facebook itu bukan milik saya dan tak mungkin saya meletakkan status yang memburukkan nama MUH. "Saya rasa ada orang yang rapat dengan kami cuba menjatuh dan memalukan kami. Apa lagi, MUH kini dalam persiapan ke separuh akhir Muzik-Muzik 25 minggu hadapan.

Setakat ini mereka tidak ada apa-apa masalah antara satu sama lain," kata Kimmy yang dihubungi mStar Online di sini, Jumaat. Dalam status Facebook tersebut, Kimmy kononnya membuat kenyataan dengan mengatakan dia dan salah seorang anggota MUH iaitu Taja sudah bosan dengan ahli-ahli MUH yang dikatakan kaki perempuan, kaki mabuk dan penagih dadah.

Tambah Kimmy, dia mungkin akan membuat laporan polis dan sedang berbincang dengan ahli-ahli MUH untuk mengambil tindakan undang-undang. "Saya akan mengambil tindakan dan setakat ini saya dan MUH sedang berbincang menganai hal ini. Bagi saya ia agak melampau dengan menyamar jadi saya.

"Mengejutkan lagi, penyamar itu menyiarkan nombor telefon yang baru saya beli di mana nombor itu hanya untuk kegunaan peribadi sahaja dan tidak ramai yang tahu nombor tersebut," kata tunang ketua kumpulan MUH, Taja itu. - mstar

Friday, November 12, 2010

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia, Rebah Ketika Bermain Bola

PETALING JAYA: Penyanyi Shamrin (gambar) atau nama sebenarnya Mohd. Shamrin Abd. Samad,45, dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang Khamis.

Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang.

Menurut rakannya, Johan Aziz, Shamrin yang berasal dari Taman Mesra, Kajang, Selangor jatuh di padang selepas kira-kira 15 minit mereka bermain bola sepak. “Ketika dia jatuh, kami terus membawa dia ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru dan disahkan doktor dia meninggal dunia,” katanya.

Jenazah Allahyarham kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Sehingga berita ini ditulis kira-kira pukul 9.15 malam, Khamis, Johan yang juga bekas pengurus kumpulan Slam masih belum dimaklumkan oleh pihak hospital punca kematian penyanyi itu.

Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989. Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997). Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu.

Antara lagu yang mempopularkan Fotograf ialah Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu. - mstar

-- Takziah utk keluarga arwah. Al-Fatihah.

Thursday, November 11, 2010

SHAMRIN FOTOGRAF MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Penyanyi utama kumpulan Fotograf, Shamrin meninggal dunia sebentar tadi.

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta itu dibawa ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman di sini petang ini.

Jenazahnya kini berada di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru di sini. - Utusan

(Gambar) Saya Tidak Diraba - Intan Ladyana

PETALING JAYA: Pelakon Intan Ladyana menjelaskan dia tidak diraba oleh sesiapa ketika menyertai program Jom Heboh anjuran TV3 di Pulau Pinang minggu lalu seperti yang didakwa dalam sebuah blog hiburan.

Bagaimanapun, dia mengaku ada membawa tabung untuk mengutip derma daripada orang ramai bagi membantu mangsa bencana banjir anjuran stesen televisyen itu. “Saya juga terkejut blog berkenaan mengatakan bahawa saya diraba ketika sedang membawa tabung untuk mengutip derma mangsa banjir di Kedah. “Jika saya diraba sudah tentu saya dapat rasakan perbuatan itu ataupun pembantu peribadi saya juga melihat perkara tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Jelas Intan, perkara tersebut hanya sekadar khabar angin atau gurauan penulis blog berkenaan semata-mata. “Tiada siapa yang kena raba dalam program itu. Mungkin ada pihak yang nampak saya macam kena raba tapi sebenarnya ia tidak berlaku seperti yang didakwa,”ujarnya yang kini sedang menjalani penggambaran drama di Pulau Aman, Pulau Pinang.

Intan bakal membintangi drama terbaru slot Akasia menggantikan drama Chinta yang akan bermula pada 18 November ini. Drama tersebut juga membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Kamal Adli, Cat Farish dan Aida Khalida. - mstar

Fazley Letak Jawatan Kerana Ijazah Palsu

PETALING JAYA: Penyanyi Fazley Yaakob (gambar) membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif, Fazley International Collage (FIC) ekoran pendedahan Perbadanan Penyiaran British (BBC) berhubung kelayakan akademik penyanyi itu.

Fazley menerusi akaun Twitter miliknya berkata, peletakan jawatan itu semata-mata untuk menjaga hubungan baik FIC dengan University of Wales, United Kingdom. “Betul... saya telah meletakan jawatan demi hubungan baik dengan Wales (University of Wales),” katanya, Rabu.

Dalam Twitter berkenaan Fazley turut menjelaskan dia akan memberi kenyataan berhubung perkara itu dalam waktu terdekat selepas segala perbincangan dilakukan dengan Ahli Lembaga Pengarah FIC dan juga peguamnya. Peletakan jawatan Fezley itu dibuat apabila University of Wales menggantung kerjasama dengan FIC selepas penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

Laporan BBC turut menyebut Fazley mendakwa mempunyai kelulusan daripada European Business School tetapi ia sebenarnya adalah palsu. University of Wales telah menandatangani perjanjian dengan FIC pada tahun 2007 dan terpaksa menggantung hubungan berkenaan sehingga satu siasatan dijalankan.

Fazley dalam kenyataannya kepada akhbar Kosmo, Rabu berkata dia sudah lama tidak menggunakan gelaran Dr selepas mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan tempat dia menerima ijazah berkenaan. - mstar

(Gambar) Siti Saerah Adik Datuk Siti Nurhaliza Dh Nikah Diam2??

Siti Saerah yang merupakan adik kepada penyanyi wanita nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dipercayai telah bernikah pada 27 Oktober yang lalu.

Menurut Rozie Abd. Razak, Saerah, 27, yang pernah menyertai program realiti TV, One In A Million musim kedua pada tahun 2008 telah bernikah dengan lelaki yang dikenali sebagai Epul atau Saiful Anuar, 27. Pasangan suami isteri itu kini dipercayai sedang berbulan madu di salah sebuah pusat peranginan di Johor.

Memang saya akui yang adik ipar saya itu telahpun bernikah kira-kira dua minggu yang lalu dan majlis hanya dibuat secara sederhana sahaja dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di Kuala Lipis, Pahang.

Bagi kami sekeluarga, apa yang lebih penting ialah Saerah sekarang sudah selamat bernikah dengan lelaki pilihannya dan menjadi seorang isteri sekarang," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam. - kosmo

Wednesday, November 10, 2010

Jangan Terus Aibkan Saya - Linda Onn

Penyampai radio Suria FM, Linda Onn meminta agar tidak terus diaibkan sehingga menjejaskan imejnya sebagai seorang selebriti dan ahli perniagaan. Kata Linda, dia kecewa dengan laporan sebuah akhbar mingguan Ahad yang menyiarkan artikel di ruangan gosip yang memberi gambaran jelas terhadap dirinya.

"Sudah sudah mengaibkan saya, kesabaran manusia juga ada batasannya. Dari peristiwa karpet merah di LA (Los Angeles) sehingga kisah percintaan dan pergaduhan dengan Fahrin Ahmad saya berdiam sahaja. Kini timbul pula kisah saya cuba untuk berlagak dengan hobi baru. "Walaupun ruangan itu tidak mendedahkan siapa penyampai radio yang dimaksudkan, tapi gambaran yang diberikan jelas menunjukkan bahawa saya orang itu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Jelas Linda, perkara itu telah menimbulkan tanggapan negatif peminat dan rakan niaga terhadap dirinya.
"Sebelum saya membaca artikel tersebut ramai yang sudah memberitahu dan menasihatkan saya bersabar setelah membacanya. Ramai yang membacanya jelas mengetahui orang yang dimaksudkan. "Ia memberi persepsi buruk kepada saya sebagai penyampai radio dan ahli perniagaan," ujarnya.

Dalam pada itu, Linda juga kecewa kerana kerjasama yang diberikan selama ini dibalas dengan tanggapan buruk oleh beberapa pihak. "Saya tidak mahu membesarkan perkara ini, saya berharap mereka menghormati saya sebagai artis yang sudah lama dalam industri ini dan selidik dahulu perkara tersebut. "Saya sudah beri kerjasama sebaik mungkin, dan saya harap mereka juga beri kerjasama kepada saya agar tidak terus menerus memburukkan nama saya," ujarnya kesal.

Terdahulu dalam blog peribadi miliknya, Linda telah menjelaskan bahawa dia tidak menggunakan motor berkuasa besar kepunyaannya itu atas tujuan keselamatan. - mstar

Tuesday, November 9, 2010

Datuk Siti Nurhaliza Gugup Kendali Rancangan Temu Bual Sendiri

PETALING JAYA: Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza bakal muncul dengan program temubual sendiri berjudul Siti buat julung kalinya pada Februari depan.

Siti, 32, akui gugup untuk mengendalikan program tersebut kerana buat pertama kalinya juga, dia bergelar seorang pengacara menerusi rakaman temubual bersama-sama aktres Lisa Surihani.

Lisa memuatkan video rakaman yang membabitkan penggambaran program yang dilakukan di Batu 18, Hulu Langat pada 4 November lalu tersebut pada laman web Facebooknya iaitu www.facebook.com/pages/Lisa-Surihani. 

Menurut Siti, program ini bukan sahaja berkonsepkan temubual semata-mata tetapi dalam masa yang sama diterbitkan untuk membantu mereka yang memerlukan. Menariknya, rancangan tersebut turut menampilkan pelbagai segmen termasuk segmen yang memerlukan Siti berlakon.

Salah satunya, dia perlu melakonkan watak Ros lakonan seniwati Roseyatimah dalam filem Pendekar Bujang Lapok yang turut menampilkan Lisa sebagai cameo. - mstar

Sunday, November 7, 2010

(Gambar) Fasha Sandha Di Parti Halloween

Mengaibkan apabila ada artis tanah air tergamak menyambut Halloween pada 31 Oktober lalu, sedangkan perayaan itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.


Sekurang-kurangnya dua artis dikesan berbuat demikian, dipercayai di sebuah kelab malam sekitar ibu kota, biarpun jumlahnya mungkin lebih ramai. Artis terbabit ialah pelakon kontroversi, Fasha Sandha dan penyanyi popular, Joe Flizzow. Gelagat mereka dikesan selepas lapan gambar Fasha berpakaian seksi ala ‘Genie In The Bottle’ dimuat turun dalam laman sosial Facebook milik kelab peminatnya.

Daripada jumlah itu, tiga gambar Fasha bersama teman lelakinya, Rizal Ashram atau Jejai, dua gambar solo Fasha dan masing-masing satu gambar Fasha bersama Joe, dengan seorang rakannya dikenali Azian dan gambar bertiga bersama Jejai dan Azian. Satu gambar solo Fasha ketika menyambut hari itu turut dipapar dalam sebuah laman web hiburan tanah air.

Tindakan Fasha turut mendapat reaksi berbeza daripada peminatnya dalam laman sosial berkenaan. Daripada 29 komen, ada yang menyokong pelakon berusia 26 tahun itu, ada peminat memberi nasihat secara baik dan tidak kurang juga yang mengkritiknya. Bagaimanapun, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha ketika dihubungi Metro Ahad, enggan mengulas berkenaan isu itu.

Halloween berasal daripada perkataan Hallowe’en iaitu singkatan daripada ‘All Hallow’s Eve’ (malam sebelum hari ‘All Hallow’). Selain itu, perayaan ini ditentukan mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar kerana mahukan kaum itu mempercayai agama mereka. Bagi penganut Kristian, Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, iblis, ahli sihir, hantu, goblin dan makhluk mitos yang menyeramkan. Selain itu, perayaan itu disambut dengan menghiasi rumah dan pusat beli-belah dengan simbol tertentu seperti labu yang diukir membentuk wajah menyeramkan iaitu nama Jack-o’-lantern dan berpakaian aneh.

Mengulas mengenai budaya itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, orang Islam tidak boleh terpedaya hingga terbabit dalam perayaan berkait dengan agama lain seperti Halloween kerana adalah jelas ia satu daripada upacara orang Kristian. “Jika berkaitan dengan agama lain selain Islam, kita seharusnya berhati-hati walaupun menyertainya sekadar untuk suka-suka. Apa matlamat kita meraikannya, sedangkan ia bukan dalam budaya Islam.

“Dalam Islam, ada perkara yang boleh untuk kita raikan, kenapa kita perlu cari budaya yang berkaitan dengan agama lain seperti menyambut Halloween. “Tidak kira hanya suka-suka atau apa juga tujuannya, orang Islam patut mengelak menyambut perayaan Hallowen kerana ia boleh mendatangkan syirik,” katanya. - hmetro

-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!! 
-- Saat2 Indah Fasha Sandha Bersama Jejai 
-- Fizz Fairuz Bagi Amaran Kat Fasha Sandha 
-- (Gambar) Siti Nordiana, Rosmunira Hapus Dendam Slps Kematian Faizal

Rita Rudaini Nekad 'Lawan' Suami Di Mahkamah

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Pergolakan rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 34, yang sebelum ini menunjukkan tanda-tanda perdamaian, kembali 'panas'. Ini berikutan pelakon itu akhirnya mengetahui secara sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, ada membuat dua tuntutan mahkamah terhadapnya pada awal Oktober lalu.

Pelakon terkenal itu pergi sendiri ke Mahkamah Syariah Seremban dan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan pada 2 November lalu, bagi mengambil notis berkenaan. Menurut Rita, pemain bola sepak negara dan Negeri Sembilan itu telah membuat tuntutan hadanah iaitu hak penjagaan kekal terhadap anak sulung mereka, Airit Rayyan Rizqin, 15 bulan.

Satu lagi tuntutan yang dibuat oleh Aidil adalah perintah isteri kembali taat (nusyuz) yang turut difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban. "Sebelum ini saya hanya mengetahui mengenai tuntutan itu melalui akhbar dan saya fikir ia tidak serius kerana suami tidak pernah memberitahu atau berbincang mengenai hal ini. "Walaupun selalu ada di rumah, suami tidak pernah buka mulut tentang tuntutan yang telah dibuat ini dan saya juga tidak pernah menerima sebarang surat daripada mahkamah kerana diberitahu notis tuntutan berkenaan dihantar ke kampung kelahiran saya di Perlis.

"Hanya setelah datang sendiri ke mahkamah pada Selasa lalu, saya begitu terkejut apabila mengetahui bahawa ada dua tuntutan sekali gus dibuat oleh suami terhadap saya," beritahu Rita kepada Mingguan Malaysia. Dia berasa begitu kecewa apabila membaca notis tuntutan berkenaan memandangkan sebelum ini hubungan mereka sudah pulih dan Aidil juga selalu pulang ke rumah kelamin mereka di Damansara dekat sini. "Sekarang nampaknya suami memang serius dalam membuat tuntutan itu dan ia bukan 'main-main' lagi. "Jadi, saya perlu melantik peguam untuk membuat pembelaan. Oleh kerana suami saya sendiri nekad untuk membawa kes ini ke mahkamah, saya juga perlu mempertahankan hak walau dengan apa cara sekali pun," katanya.

Justeru menurut Rita, dia secara mental sudah bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan yang timbul dalam rumah tangga mereka selepas ini, termasuk berhadapan dengan suami sendiri di mahkamah. "Bila kes sudah dibawa ke mahkamah, maknanya dia memang bermaksud untuk memanjangkan permasalahan. "Meskipun sebelum ini Aidil telah berjanji untuk sama-sama menjaga rumah tangga dengan baik, sementelah kami bakal menerima anak kedua tahun depan, ia tidak lebih sekadar janji.

"Saya menganggap, bila suami sanggup bawa kisah 'dalam kain sendiri' ke mahkamah, maknanya dia sudah tidak sayang kepada saya, rumah tangga, anak sulung kami dan anak yang bakal lahir ini. "Jadi, saya kena kuat. Saya perlu hadapi semua ini sendirian dan bersedia untuk dibicarakan di mahkamah mengikut undang-undang yang ada," katanya yang kini hamil anak kedua.

Mengenai tuntutan balas terhadap suaminya itu, Rita juga sedang berbincang lebih lanjut dengan peguamnya, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain. "Sebagai isteri, saya juga ada hak untuk membuat tuntutan terhadap apa yang saya tak puas hati selama ini. "Kalau dia memilih untuk menyelesaikan masalah di mahkamah, saya juga tidak teragak-agak untuk mengikut apa yang dia lakukan terhadap saya dan menuntut apa juga hak yang selayaknya sebagai seorang isteri daripada suami," katanya.

Mengenai campur tangan keluarga mertuanya dalam kemelut rumah tangga yang tidak berkesudahan itu, Rita tidak berhasrat untuk mengulas panjang. "Bagaimanapun bagi saya, Aidil sepatutnya perlu lebih bijak menangani segala permasalahan memandangkan dia sudah mempunyai keluarga sendiri. "Dalam banyak keadaan, kita tidak boleh terlalu mengikut telunjuk pihak lain, kalau kita mahu bahagia dengan kehidupan berumah tangga yang baru dibina," katanya dalam nada serius.

Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008, setelah hubungan mereka tidak mendapat restu daripada keluarga pihak lelaki. Setelah lebih dua tahun bernikah, hubungan antara Rita dengan keluarga Aidil belum pulih, walaupun ada usaha untuk mendamaikan mereka dibuat.

Peguamnya, Mohd Zaidi mengesahkan kehadiran Rita Rudaini ke Mahkamah Syariah Seremban dan Mahkamah Tinggi Seremban pada Selasa, 2 November lalu adalah untuk menyempurnakan wakalah pelantikan peguam bagi mewakili pelakon itu dalam kes tuntutan yang dibuat oleh suaminya. "Pada hari itu juga kita telah mengambil saman dari mahkamah berkenaan dengan kes tuntutan kembali taat yang dibuat oleh Aidil. "Sementara itu, di Mahkamah Tinggi Seremban, kita membuat semakan tentang status kes penjagaan anak secara kekal atau hadanah yang difailkan oleh Aidil," katanya.

Menurut peguam syarie yang banyak mengendalikan kes berprofil tinggi itu, Rita juga telah diserahkan salinan notis kehadiran majlis sulh yang akan diadakan pada 16 Disember 2010 yang mana sebelum ini tidak pernah diterimanya. "Setelah meneliti pernyataan tuntutan kes kembali taat, saya telah menerima arahan daripada anak guam untuk mengemukakan pembelaan kerana tuduhan yang dibuat terhadap beliau adalah tidak berasas sama sekali," katanya.

Selain itu juga, menurut Zaidi, beliau juga diminta oleh Rita untuk bersedia bagi membuat tuntutan balas terhadap Aidil yang akan difailkan dalam waktu terdekat. "Anak guam saya sedang menimbangkan secara serius untuk failkan tuntutan balas terhadap suaminya itu. "Ia adalah bagi nafkah anak dan nafkah isteri yang diabaikan selama ini," katanya.

Walau bagaimanapun menurut Zaidi, demi masa depan bersama, anak guamnya bersedia untuk membuka ruang perbincangan jika pihak suami berubah fikiran dan berhasrat untuk menyelesaikan kes ini secara baik. - utusan

Keputusan Bolasepak EPL 7.11.10: Man U 2 - W Wanderers 1

LONDON - Park Ji-Sung menjadi penyelamat Manchester United pada perlawanan awal pagi tadi menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-1 di Old Trafford sekali gus kini semakin menghampiri kedudukan pendahulu Liga Perdana Chelsea.

Kemenangan itu membolehkan United mengumpul 25 mata iaitu kurang dua mata daripada Chelsea. Pada perlawanan itu, pemain kebangsaan Korea Selatan, Park menjaringkan dua gol iaitu pada minit ke-45 dan ke-90, bagaimanapun sebelum kemenangan diperolehi United terpaksa bekerja keras apabila pemain Wolve menyamakan kedudukan satu sama pada minit ke-66 melalui jaringan Sylvan Ebanks-Blake.

Keputusan lain pada perlawanan yang berlangsung pagi tadi ialah, Bolton Wanderers 4 - 2 Tottenham Hotspur, Birmingham 2 - 2 West Ham United, Blackburn Rovers 2 - 1 Wigan, Blackpool 2 - 2 Everton, Fulham 0 - 1 Aston Villa, Sunderland 2 - 0 Stoke City. - utusan

Suami Lemas Selamatkan Isteri Di Sungai Jin

KUANTAN – Seorang lelaki, yang baru sebulan berkahwin, lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama isteri dan keluarganya di Sungai Jin di Kampung Pasir Kubur, Sungai Lembing dekat sini hari ini.

Mohd Hazrul Abdul Jalil, 26, yang tidak sedarkan diri ketika dibawa keluar dari sungai itu, disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan. Ketika kejadian Mohd Hazrul yang bekerja dengan Lembaga Pertubuhan Peladang di Perak bersama isteri Norfaridah Mohd Amin, 26, ibu dan adik lelakinya berkelah di sungai itu.

Adiknya, Mohd Helmi Abdul Jalil, 25, berkata, kesemua mereka turun ke sungai untuk mandi selepas makan pada pukul 12 tengah hari dan abang serta kakak iparnya yang turun ke kawasan dalam, secara tiba-tiba dihanyutkan arus deras. "Masa itu abang dan kakak ipar dihanyutkan bersama tetapi abang cuba menolak kakak ipar ke atas permukaan air sebelum mereka dihanyutkan ke kawasan cetek dan diselamatkan tetapi abang tidak sedarkan diri,” katanya. - kosmo

Saturday, November 6, 2010

(Gambar) Bas Terbalik Dlm Tali Air Di Km 20 Jln Pekan-Nenasi Pahang

PEKAN: “Pemandu ini berhenti rehat nanti, aku nak tegur. Bas ini terlalu laju...aku seram,” itulah keluhan terakhir Ismail Naqiuddin Hamdan, 25, kepada rakannya sebelum dia mati lemas apabila bas ekspres Transnasional dinaikinya melanggar penghadang jalan dan terjunam ke dalam tali air di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, bas ekspres yang membawa 33 penumpang dalam perjalanan dari Johor Bahru, Johor ke Kuantan turut mengakibatkan empat penumpang wanita cedera dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Penumpang bas lain yang cedera ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pekan (HP), di sini, sebelum dibenarkan pulang. Ismail yang berasal dari Taman Cenderawasih, Kuantan, menaiki bas ekspres berkenaan bersama rakannya, Shukri Zahat, 25, untuk pulang ke Kuantan selepas tamat menghadiri kursus teknologi maklumat di Senai, dekat, Johor Bahru.

Mengimbas kejadian, Shukri yang duduk di belakang Ismail Naqiuddin berkata, arwah sempat memberitahu kepadanya bahawa dia berasa tidak sedap hati berikutan bas itu dipandu laju. Menurutnya, tidak sampai lima minit selepas arwah mengeluh demikian, bas ekspres berkenaan merempuh penghadang di kiri jalan sebelum terjunam dalam tali air menyebabkan arwah tercampak ke depan.

Katanya, dalam keadaan cemas dan gelap-gelita, dia cuba mencari arwah namun gagal berikutan bas ekspres berkenaan mula dimasuki air menyebabkan dia terpaksa bertindak memecahkan cermin dalam usaha untuk menyelamatkan diri. “Ketika itu keadaan amat cemas dan sebahagian penumpang menjerit malah ada yang menangis kerana ketakutan sebelum keluar menyelamatkan diri melalui pintu kecemasan serta cermin yang dipecahkan. Saya juga berasa tidak sedap hati dan terkilan kerana kata-kata arwah mahu menegur pemandu itu supaya memperlahankan kenderaan tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui, semalam.

Seorang lagi penumpang, M Marippan, 19, berkata dia yang duduk di barisan belakang cedera di dagu dan tangan sebelum keluar menyelamatkan diri melalui cermin yang dipecahkan pemandu bas. Menurutnya, dia dan bapanya pulang ke Kuantan untuk menyambut Deepavali bersama keluarga bersyukur kerana terselamat namun pengalaman terbabit dalam kemalangan menaiki bas mungkin tidak dapat dilupakan selama-lamanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, mayat mangsa lemas terbabit dihantar ke HP untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya pagi semalam. - hmetro

Friday, November 5, 2010

Amyza Aznan Naik Angin Dihalau Pekerja Butik

Pelakon Amyza Aznan kecewa dengan sikap seorang individu terkenal yang bertindak menghalaunya dan beberapa orang kru produksi di sebuah lokasi penggambaran. Menurut Amyza, perkara tersebut terjadi ketika mereka sedang melakukan penggambaran untuk sebuah program televisyen berjudul Mister And Misses terbitan Astro di sebuah butik barang kemas terkemuka, di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

"Kejadian itu terjadi ketika kru produksi tumpang duduk dan berehat di sofa sebuah butik perhiasan yang dijadikan lokasi penggambaran. "Selepas itu individu tersebut datang dan mengarahkan agar kami ambil barang dan keluar dari butik berkenaan dengan cara yang kasar. "Dia sangat biadap seperti menganggap kami semua ini orang bawahannya. Setelah berlaku sedikit kekecohan akhirnya lokasi penggambaran kami dialih ke butik barangan kemas sebelah," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Individu yang dimaksudkan Amyza itu merupakan orang yang sering berurusan dengan para artis dan wartawan dalam mempromosikan butik berkenaan. Jelas Amyza, individu itu seharusnya bertindak dengan cara yang lebih sopan jika tidak selesa dengan penggambaran yang sedang dilakukan di lokasi tersebut.

"Sebagai seorang yang bekerja memberi publisiti, dia sepatutnya tahu menjaga komunikasi dengan semua orang, bukan menganggap kami seperti orang bawahan," "Paling tidak pun dia sepatutnya bercakap jika tidak suka dengan sesuatu perkara supaya kami boleh memahaminya. Ia bukanlah satu masalah pun.

"Kami tahu kami hanya dari produksi tempatan dan tidak sehebat mana, tapi kami juga ada harga diri dan tidak bolehlah dia sewenang-wenangnya menghalau kami sebegitu," katanya. - mstar

Thursday, November 4, 2010

(Gambar) Lesen Hospital Di Jln Ipoh Terbabit Kes Jual Bayi Tamat Tempoh April

KUALA LUMPUR: Mengejutkan, hospital swasta di Jalan Ipoh, yang diserbu polis kerana dipercayai terbabit dalam sindiket penjualan bayi petang kelmarin, didapati sudah tamat tempoh lesen operasinya sejak April lalu.

Selepas serbuan polis yang membongkar aktiviti haram itu, tinjauan Berita Harian semalam mendapati hospital berkenaan berkunci dan diletakkan tanda “ditutup".

Tindakan itu dikatakan berikutan penahanan enam suspek termasuk pemilik hospital yang juga seorang doktor bergelar Datuk, isterinya dan anak perempuan mereka juga doktor serta tiga jururawat hospital itu. Mereka ditahan reman selama tiga hari mulai semalam.

Sumber Kementerian Kesihatan memberitahu, hospital itu kini pada peringkat rayuan untuk memperbaharui lesen, namun enggan mendedahkan sebab lambat mendapat kelulusan.

“Hospital itu ada membuat permohonan memperbaharui lesen, namun disebabkan beberapa isu, kita masih belum meluluskannya,” katanya yang enggan mendedahkan butiran lanjut.

Berita Harian semalam mendedahkan, Unit Anti Pemerdagangan Orang Bukit Aman menyerbu hospital itu dan menahan enam suspek berkenaan kira-kira jam 4.15 petang selepas selesai urusan menjual seorang bayi perempuan berusia seminggu di hospital itu kepada sepasang suami isteri dengan harga RM21,000. Dalam kejadian itu, polis juga berjaya menyelamatkan seorang bayi lelaki berusia kira-kira empat bulan. Kedua-dua bayi yang diselamatkan itu kini diletakkan di se-buah pusat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sumber itu berkata, pihaknya banyak menerima aduan mengenai salah laku hospital dan klinik swasta yang dipercayai menjual bayi itu, namun sehingga kini tiada sebarang laporan diterima. Katanya, jika hospital itu didapati bersalah menjual bayi, Kementerian Kesihatan mungkin menarik semula lesen operasinya, sementara pembatalan bagi lesen perubatan doktor berkenaan adalah di bawah kuasa Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

“MMC akan membuat inkuiri dalaman dan akan memanggil doktor berkenaan untuk membela diri. Jika terbukti bersalah, mereka akan membuat keputusan sama ada untuk menggantung atau membatalkan lesen terbabit,” katanya. Sementara itu, jurucakap MMC berkata, doktor itu sememangnya berdaftar di bawah majlis berkenaan. Dalam operasi polis kelmarin, polis turut merampas sijil lahir bayi perempuan itu dan wang tunai RM21,000 dipercayai dibayar suami isteri berkenaan.

Siasatan awal polis mendapati pasangan itu, membeli bayi perempuan berkenaan selepas berurusan sejak sebulan lalu. Hospital itu dipercayai memalsukan maklumat ibu bapa kandung bayi itu bagi membolehkan pasangan suami isteri terbabit mendapatkan sijil kelahiran yang mereka perolehi pada hari yang sama dengan dibantu kakitangan hospital itu.

Difahamkan, harga bayi dijual sindiket itu boleh mencecah lebih RM30,000 mengikut bangsa dan jantina. Harga bayi lelaki dikatakan lebih mahal yang biasanya dijual antara RM15,000 ke RM20,000. Bayi berbangsa Cina pula paling mahal dan dijual mengikut berat, iaitu RM10,000 sekilogram berikutan permintaannya tinggi dan sukar diperoleh. -bharian

Wednesday, November 3, 2010

Irma Hasmie Minta Putus - Nabil

Pelakon dan pelawak, Nabil Ahmad terpaksa akur dan menerima keputusan Irma Hasmie, untuk memutuskan hubungan cinta mereka yang telah terjalin sejak dua tahun lalu. Menurut Nabil, dia terpaksa mengikut kata Irma seperti mana pendedahannya dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu yang enggan memulihkan semula hubungan mereka.

"Jika sebelum ini saya tidak mengaku kami berpisah, kini saya ingin katakan yang saya sudah solo. Mungkin sebelum ini saya terlalu leka dengan pemberian Allah S.W.T yang telah memberi kesenangan hidup, seorang kekasih yang cantik dan kerjaya yang bagus. "Setakat ini, tiada perancangan lagi untuk pulihkan hubungan kami. Saya cuma ingin memperbaiki diri saya dahulu, barulah saya baiki hubungan kami jika Tuhan izinkan. Lagipun dia dah kata tak mahu saya lagi.

"Benda ini satu pengajaran buat saya. Mungkin selama ini saya lalai. Apa-apa pun, saya anggap perkara ini ada hikmahnya. Walaupun sekarang fikiran saya sedang serabut, saya perlu berfikir secara positif dan selesaikannya secara perlahan-lahan. Saya percaya ada orang lagi besar dugaannya berbanding diri saya," tuturnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Dengan nada suara agak kesal atas kejadian yang berlaku, Nabil berkata sebenarnya dia telah membuat persiapan kahwin sedikit demi sedikit untuk menempuh hari bahagia mereka yang dijangka pada tahun 2012 itu. Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan saja yang menentukan. Begitu juga dengan saya, beberapa persiapan kahwin dah pun dibuat sikit-sikit. Mana tahu satu hari nanti jodoh kami masih ada. Tapi, andaikan Irma telah berjumpa dengan lelaki yang lebih baik, saya tidak kisah.

"Apa-apa pun yang sedang saya hadapi, kerjaya akan menjadi keutamaan saya dan saya perlu fokus dan kawal emosi saya tanpa mengganggu kerjaya saya sehingga menyusahkan orang lain," katanya yang sedang sibuk dengan penggambaran filem Bujang Terlajak arah Profesor Razak Mohaideen.

Tambah Nabil, dia ingin menegaskan bahawa, gambar seorang wanita yang diambil bersamanya serta beberapa rakan lain yang tersebar di internet tidak ada kaitan langsung dengan masalahnya dengan Irma. Sebaliknya wanita itu merupakan kenalan baru Nabil.

"Tak fasal-fasal, dia pula terkait dalam masalah kami. Saya harap, orang luar tidak mengaitkan dia lagi," tegasnya. Ditanya adakah Nabil masih lagi mencintai Irma, jawab Nabil: "Saya masih sayangkan dia. Rasanya, perasaan sayang masih lagi ada bagi pasangan yang baru lepas putus cinta. Hal ini merupakan satu masalah seperti yang turut berlaku kepada pasangan-pasangan lain. Tapi disebabkan kami dikenali, maka ia menjadi besar.

"Saya ingin doakan sebuah kehidupan yang terbaik buat Irma. Saya tahu dia seorang wanita yang baik. Dulu, masa saya masih bersamanya, kalau ada apa-apa masalah, dia pasti akan berbincang dengan saya. Sekarang ini, saya harap dia ada kawan-kawan yang boleh berkongsi masalah. Kepada Irma, jagalah diri baik-baik,” kata Nabil. - mstar

Lisa Surihani Turut Jadi Mangsa Akaun Facebook Palsu

Selepas Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), Yana Samsudin menjadi mangsa akaun Facebook (FB) palsu, kini giliran aktres Lisa Surihani (gambar) pula mengalami nasib sedemikian.

Lisa yang turut memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM23 pada 25 Oktober lalu baru mendapat tahu ada pihak telah menyamar dengan menggunakan namanya menerusi akaun berkenaan.

Sehubungan itu Lisa terpaksa memaklumkan kepada para peminatnya tentang kewujudan Facebook palsu itu supaya orang lain tidak terpedaya dengan apa yang diperkatakan menerusi laman sosial berkenaan.

“Assalamualaikum kawan-kawan semua..! How are u guys? Lisa dapat tau ada yang menyamar jadi Lisa dengan “create” personal FB Lisa. “Ternyata itu bukan saya ye. Harap tidak tertipu ya. Lisa tak nak “korang” semua dapat wrong info tentang Lisa dan aktiviti-aktiviti Lisa. Ini link ke FB palsu tersebut : http://www.facebook.com/lisa.surihani.Mohamed,” kata Lisa menerusi akaun Facebook sebenar miliknya.

Setakat ini, Lisa telah berjaya mengumpul 876,348 peminat. Pelakon filem Lagenda Budak Setan dan I’m Not Single ini aktif mengemas kini akaun Facebook miliknya yang betul iaitu www.facebook.com/pages/Lisa-Surihani. - mstar

Tuesday, November 2, 2010

(Gambar) Perarakan Pulang The Red Warriors Bersama Piala Malaysia Ke Kelantan

DUA kali bas dinaiki skuad Kelantan rosak dalam perjalanan pulang semalam, namun ia tidak menjejaskan kemeriahan pesta meraikan Piala Malaysia yang selamat kembali ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Kejayaan pasukan bergelar The Red Warriors membawa pulang piala berprestij buat julung kali dalam sejarah 89 tahun penganjurannya, ternyata amat ditunggu-tunggu semua lapisan rakyat.

Kira-kira 3,000 peminat membanjiri Dataran KESEDAR, Gua Musang semata-mata meraikan kejayaan manis itu yang tercetus dari semangat pemain pasukan itu yang bangkit dari ketinggalan 1-0 untuk membenam lawan dari Negeri Sembilan 2-1 dalam final rancak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa yang berwajah ceria ketika berucap di majlis berkenaan memohon maaf kerana kelewatan sebab dua bas yang digunakan pasukan itu mengalami kerosakan di tengah jalan sebelum terpaksa meneruskan perjalanan dengan menggunakan kereta.

“Perjalanan pasukan Kelantan mencapai kejayaan ini ditempuhi dengan penuh keringat dan air mata. Untuk berjaya kita mesti bersatu dan berusaha, jangan menunggu hanya nak meraikan kejayaan sahaja. “Saya gembira melihat ramai yang datang meraikan pasukan ini. Bagi saya kejayaan ini adalah hasil kebangkitan semangat semua pemain selepas ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama,” katanya.

Selepas beredar dari Galas, pasukan terbabit menuju ke Kota Bharu menyertai acara perarakan melalui Kok Lanas, Ketereh, Mulong, Wakaf Che Yeh, Wakaf Siku, sebelum berakhir di Stadium Sultan Mohamed ke-IV. Mereka juga diraikan jamuan di kediaman Annuar dekat Sri Puri, Bukit Marak. - bharian

Penyampai Radio Dicekup Khalwat

ALOR SETAR: Dia dikenali sebagai penyampai radio yang mempunyai ramai peminat sendiri namun itu tidak menghalang pihak berkuasa daripada menahannya atas tuduhan berkhalwat bersama pasangan berusia 24 tahun, malam kelmarin. Ketika ditahan deejay yang juga penerbit rancangan radio di utara berusia 34 tahun itu memberi alasan menemani teman wanitanya yang tinggal berseorangan di rumah sewa di Taman Tunku Sarina, Jitra dekat sini, menjamu selera.

Pasangan itu dicekup kira-kira jam 11.15 malam oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP). Difahamkan, ‘orang kuat’ stesen radio itu mengenali wanita berkenaan yang berasal dari Sarawak ketika wanita itu membuat latihan amali di stesen radio tempat dia bekerja beberapa bulan lalu.

Menurut sumber, hasil maklumat orang awam, sepasukan anggota PADKP bergegas ke sebuah rumah di taman perumahan itu dan mengesyaki sesuatu mencurigakan apabila mendapati rumah berkunci. Katanya, apabila pintu diketuk, seorang lelaki berpakaian lengkap membukanya dan membenarkan pemeriksaan dijalankan di dalam rumah berkenaan.

Pemeriksaan mendapati ada seorang wanita di dalam rumah itu yang turut berpakaian lengkap dan siasatan mendapati mereka tiada hubungan mahram atau suami isteri. Lelaki itu mengaku mengenali pasangannya ketika wanita yang berasal dari Sarawak itu menjalani latihan amali di stesen radio berkenaan beberapa bulan lalu,” katanya.

Sumber itu berkata, penyampai radio itu juga memberi alasan menemani pasangannya menjamu selera kerana wanita itu menyewa seorang diri di rumah berkenaan. Difahamkan, penyampai radio itu terkenal di kawasan utara Semenanjung menduda sejak beberapa tahun lalu manakala wanita berkenaan masih bujang.

Sumber itu berkata, sebelum ini pihaknya menerima aduan penyampai radio berkenaan kerap bermalam di rumah wanita itu selepas waktu kerja atau pada hari cuti dan hanya pulang keesokan hari. “Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan pasangan itu boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali. - hmetro

Datuk Seri Najib Makin Pulih Dari Penyakit Cacar - Datin Seri Rosmah

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin pulih dari penyakit cacar dan kini tidak sabar untuk kembali menjalankan tugas rasmi.

Rosmah berkata, Najib yang pertama kali diserang penyakit itu menunjukkan perkembangan positif hasil rawatan moden serta tradisional.

"Doktor pun dah datang tengok, sapu krim supaya merah-merah di kulit dia (Najib) reda. Dia dinasihatkan banyak minum untuk membuang toksin dalam badan, jangan garu dengan kuku dan elakkan makanan yang menyebabkan kegatalan,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan bas di Km 38 Genting Sempah, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Rosmah berkata, beliau turut memberi suaminya minum air kelapa dan mengalas tempat tidur dengan daun bambu agar cepat sembuh dari penyakit cacar yang dialaminya itu.

Ditanya sejak bila Perdana Menteri mula berasa tidak sihat, Rosmah berkata ia bermula sejak mereka berada di Hanoi, Vietnam bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-17 lagi. "Saya sendiri pun tak sedap badan ketika di sana. Tapi dah okay tak lama lepas itu. Cuma bila sampai di Malaysia dan doktor periksa, didapati ada tanda-tanda cacar. Jadi doktor nasihatkan berehat. Semalam kita tengok ada merah-merah lagi di muka, tapi hari ni dah kurang dan kulit dia dah semakin cantiklah,” katanya. - Utusan

Monday, November 1, 2010

(Gambar) Erra Fazira Dpt Hadiah LV Sempena Anniversary

Sempena sambutan hari ulangtahun perkahwinan kedua, Erra Fazira dengan Engku Emran pada 25 Oktober lalu, peserta Mari Menari (MM) yang berada dibawah jagaan Erra Fazira iaitu MM Zul, MM Yat dan MM Masri telah bersepakat untuk membuat satu kejutan dengan mengadakan sebuah majlis untuk meraikan hari yang paling bemakna serta bersejarah buat pasangan berkenaan.

Majlis tersebut telah diadakan di studio Danceology Ballet Academy di Damansara Perdana pada malam Rabu lalu yang mana di sinilah merupakan destinasi terakhir Erra untuk melihat persiapan terakhir anak buahnya iaitu MM Zul untuk berlatih menari bagi minggu ketiga yang bertemakan muzik latin. - izyan

--  Erra Fazira Bercerai Talak Satu Dengan Engku Emran

Ameng Spring Dihukum Penjara 2 Bulan Denda RM4000

Vokalis kumpulan Spring, Ameng (gambar) atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 40, dihukum penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memasukkan dadah dalam badan pada April lalu. Ameng juga diletakkan di bawah pengawasan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan selama 3 tahun.

Ameng didakwa atas tuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya ketika ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Sentul, di sini, pukul 3.45 pagi, 2 April lalu. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Majistret Zaki Asyraf Zubir memutuskan demikian setelah pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan melampaui munasabah terhadap pertuduhan tersebut. Beliau turut menolak dakwaan Ameng bahawa kes dadah yang sedang dihadapinya merupakan konspirasi bekas isteri, Zaidah Awang atau A. Aida dan suaminya, Asisten Supritendan Suffian Sulaiman yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Kuala Lumpur kerana menyifatkannya sebagai tidak berasas. Sulaiman adalah Ketua Bahagian Perhubungan Awam di IPK tersebut.

Zaki memberitahu, sekiranya Ameng gagal membayar denda tersebut, dia akan dikenakan hukuman dua bulan penjara. Penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Hati dan Bougenvilla itu diwakili peguam Kamarul Zaman Abdul Rahman manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias.

Bagaimanapun, Ameng dibenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu dengan syarat vokalis tersebut perlu memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi hari ini. Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar meminta mahkamah menaikkan ikat jamin sebanyak RM2,000 lagi dengan penjamin yang sama. Sebelum ini, Ameng diikat jamin dengan RM3,500 oleh isterinya. - mstar