
PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish menafikan bertindak menyebarkan gambar-gambar percutiannya bersama bekas suami Rizal Ashram (Jejai) di Internet baru-baru ini dengan tujuan untuk menambah kontroversi perpisahan bekas suaminya dengan aktres jelita Fasha Sandha.

Nora yang dikaitkan dengan kontroversi putus cinta bekas suaminya, Rizal Ashram (Jejai) dengan aktres Fasha Sandha turut mengakui sedang dalam proses mengenali seseorang. “Secara jujurnya saya memang sedang berkawan dengan seseorang, tapi kami masih dalam proses mengenali hati budi lagi. “Bagaimanapun ia bukanlah seorang VVIP yang digosipkan, tetapi seorang yang dihormati oleh Jejai,” katanya ringkas.
Bercerita tentang perkembangan kerjaya, Nora mengakui penah mendapat tawaran dari pihak MIG Production selepas filem Cuti-Cuti Cinta, namun dia terpaksa menolaknya kerana lebih selesa bergerak sendiri.
Selepas Cuti-Cuti Cinta mereka ada tawarkan untuk bekerja di bawah MIG Production tetapi saya menolak sebab buat masa ini saya lebih senang untuk bekerja sendiri. “Sekarang saya belum menandatangani dengan mana-mana filem namun sedang meneliti sebuah tawaran filem kerjasama dengan negara jiran,” katanya. mstar
-- (Gambar)Suami Pelakon Wilma Muhammad, Mahir Effendi Pilot Firefly Meninggal Dunia
-- (Gambar) Fasha Sandha Berbikini Di Bali.. Phewiittt!!!!!
-- Ibu Fasha Sandha: Sejak Dlu Lg Saya Krg Senang Dgn Pilihan Fasha
-- (Gambar) Majlis Pernikahan Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Di Alor Setar