ad ld

Pages

Wednesday, October 6, 2010

Rozita Che Wan Jawab Mengenai Persiapan Kahwin

Aktres jelita, Rozita Che Wan menafikan telah bercuti selama sebulan sejak akhir Ramadan lalu kerana sibuk untuk menguruskan persiapan perkahwinan.

Rozita berkata dia berehat dari sebarang aktiviti seni kerana mahu memberi semangat kepada anak keduanya Aniq Ezzra,12, yang menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada minggu lepas.

"Selepas Ramadan saya rehat untuk tumpukan perhatian kepada anak saya yang baru sahaja selesai peperiksaan UPSR dan kini dia sibuk dengan peperiksaan sekolah agama pula.

"Saya mahu beri semangat kepada dia sepanjang menjalani peperiksaan tersebut. Saya mahu dia lulus cemerlang dan dapat mengikut jejak langkah abangnya, Ammar Affendi yang sekarang belajar di tingkatan dua, sekolah berasrama penuh," katanya yang bakal memulakan penggambaran drama Kempink pada minggu hadapan.

Jelas Rozita, keutamaan persekolahan anak-anaknya menjadi sebab utama untuk dia mengundurkan diri dari dunia lakonan ini. Malah dia juga menafikan desas-desus bahawa dia sedang membuat persiapan perkahwinan ketika ini.

"Ke mana-mana sahaja orang akan tanya tentang perkahwinan saya. Ada juga yang cakap saya cuti sebulan ini sebab sibuk uruskan persiapan perkahwinan. "Saya memang sedang berkawan dengan seseorang tetapi bukan bermakna akan berkahwin dalam masa terdekat ini seperti yang dikhabarkan oleh media," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka mStar, Selasa.

Dalam pada itu, Rozita memberitahu keputusannya untuk berhenti dari bidang ini merupakan satu berita kegembiraan bagi anak-anaknya.

"Sejak saya mula berlakon lagi mereka banyak kali merungut dan suruh agar saya berhenti atau kerja semula di pejabat. Bila dapat tahu saya mahu berhenti berlakon merekalah yang paling gembira sekali. "Namun saya bersyukur selama ini anak-anak memahami situasi saya sebagai seorang pelakon dan tidak mempersoalkan berita-berita tentang saya yang keluar di akhbar," ujarnya. mstar

2 comments:

wan syamilah said...

suka tgk rozita..cantik...

hazdiela said...

isk jeles tgk dia...cantik sgt....